Home Aktiviti Warga Cakna Dana Syamimi diSempurnakan

Dana Syamimi diSempurnakan

130
0

Masih ingat kisah pelajar medik Mesir bernama Syamimi? Setahun berlalu, Sdri Syamimi sudah pun graduate dan menunggu posting latihan siswazah dalam negara.

Rupanya ramai lagi #Syamimi yang berada di Mesir. Pengkisahan dan jerit perih mendapatkan sponsor pengajian lebih kurang sama dengan Syamimi.

Kisah Syamimi ini selalu mengingatkan kami di Warga Cakna bahawa rintihan adik-adik medik Mesir ini tidak berkesudahan. Keluhan mereka tidak bertepi.

Sedaya yang mampu Warga Cakna menghulurkan bantuan kepada “Syamimi”.

Sebelum menamatkan pengajian, yuran wajib diselesaikan. Jika tidak, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau tidak dikeluarkan sijil rasmi pengajian. Selagi tidak langsai hutang, urusan mereka dengan pihak universiti Mesir akan tertunggak. Makin lambatlah “Syamimi” menjalani latihan siswazah dan seterusnya membina kehidupan sebagai seorang doktor.

Hari ini kami memberi sumbangan hasil #DanaSyamimi dari seluruh rakyat Malaysia yang cakna. Terima kasih semua.

Suhazeli Abdullah

Pengerusi

www.wargacakna.org

12.10.2019

Kuala Berang

Previous articleBANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK PELARIAN SYRIA
Next articleKrisis Syria Semakin Meruncing