spot_img
Aktiviti Warga CaknaSumbangan Kepada Guru PASTI 2020

Sumbangan Kepada Guru PASTI 2020

Guru Pasti antara rakyat yang cukup terkesan dengan COVID-19

Antara golongan yang terkesan dengan COVID-19, adalah guru-guru PASTI. Sumber sara hidup mereka kebanyakannya adalah dari yuran pelajar dan sumbangan dari masyarakat setempat. Jika masyarakat itu golongan berada dan prihatin nasib mereka, maka tertunailah nafkah makan minum mereka untuk bulan itu. Sejak Mac lalu, mereka begitu terkesan, kelas-kelas semua ditutup. Justeru, sumber pencarian mereka juga terputus. Sebilangan besar dikalangan ketua keluarga mereka pula tiada mata pencarian yang tetap. Kais pagi makan pagi. Apabila PKP yang berlanjutan sehingga ke fasa-4 ini, memang amat menyedihkan.

.

Memang ya, kerja mendidik anak bangsa itu adalah kerja sukarela. Ianya dilakukan atas dasar fi sabilillah. Namun perlu kita lihat juga, setiap manusia juga mempunyai hak asasi atas diri sendiri seperti makan, minum dan tempat tinggal. Di sinilah tugas masyarakat untuk membantu dan menyokong sekadar mampu para pejuang pendidikan anak bangsa itu.

.

Warga Cakna hari ini turut meletakkan diri dalam membantu guru PASTI sekadar mampu. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan dapur dan wang belanja harian diserahkan pada guru PASTI yang tersenarai.

.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI kawasan Hulu Terengganu kerana sanggup mengatur jadual. Terima juga kepada semua relawan yang sanggup berpanas menyampaikan bantuan.

.

Terima juga kepada semua para penderma.

.

Pengerusi Warga Cakna

9.5.2020

Kuala Berang

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img