Home Aktiviti Warga Cakna Tabung Ihsan Pulau Miskin Jambongan

Tabung Ihsan Pulau Miskin Jambongan

149
0

Tahu kah anda….. ??? Pulau Jambongan adalah pulau yang kedua terbesar di Sabah. Untuk sampai ke pulau ini, mengambil masa lebih 1.5 jam menaiki bot kecil (tanpa atap) dari tanah besar Sabah. Hampir kesemua (90%) penduduk bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan sekeluarga hanya RM500 -RM700 sebulan. Terdapat 350 keluarga (2000 orang penduduk warga Malaysia) beragama Islam, tinggal di 5 kampung di pulau tersebut. Namun di pulau ini tiada mempunyai sumber air yg bersih, bekalan elektrik, feri untuk ke tanah besar, dan sebagainya. Alhamdulillah sejak kedatangan beberapa NGO ke pulau ini, telah terdiri Madrasah Darus Sunnah di setiap kampung. Dengan ilmu yg benar, banyak kepercayaan syirik yang menjadi amalan sejak berzaman telah berjaya dihakis. Pertubuhan Minda Progresif (PMP) membuka inisiatif Tabung Bantuan Ihsan, berhasrat membantu komuniti Islam di Pulau ini. Wakil pengurusan PMP akan bertolak kesana pada 29 Ogos 2020 untuk 3 hari, untuk menyampaikan sedikit sumbangan serta meneliti keperluan asas masyarakat di sana. Sasaran kami untuk mendapatkan dana sebanyak RM30 ribu untuk mereka yang dhaif, nun di hujung negara tercinta.. Jauh di mata dekat di hati..😍 Warga Cakna turut serta mengambil bahagian dalam kutipan tabung ini. Sedikit sebanyak rezeki yang kita ada, berbahagi untuk bekalan akhirat nanti. Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Warga Cakna dan akan dihantar bersama dengan PMP nanti. Salurkan sumbangan anda ke: https://www.wargacakna.org/jambongan MAYBANK : 563037065007 (PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU) ‘Reference’: Jambongan Mohon viralkan, please….

 

Previous articleSumbangan kepada Asnaf
Next articleTabung Kebakaran PASTI Nurul Hannani Tawau Sabah dilancarkan.