Home Aktiviti Warga Cakna Santuni Anak Yatim dan OKU

Santuni Anak Yatim dan OKU

130
0

Menjadi anak yatim atau anak tinggal, miskin dan OKU bukanlah pilihan insan. Ianya suratan taqdir tercatat. Namun, mereka juga berhak untuk disantuni dan dikasihi.

Justeru itu, sebagai agenda tahunan, sekali lagi Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu (WARGACAKNA) menyantuni golongan asnaf, yatim, anak tinggal dan OKU. Kali ini kami merasa amat bertuah kerana Puan Hajah Nor Aini Muhammad, isteri YB ADUN Kuala Berang telah sudi hadir menyampaikan sumbangan dan meraikan SANTAI SANTUN BERSAMA ISTERI YB KITĚ

Selain dari jamuan Nasi Arab dan sumbangan bernilai RM1500, anak-anak syurga ini juga telah diberi pengisian ilmu fardhu ain dalam slot SYOKNYER SOLAT disampaikan oleh Ustazah Norliza Kassim.

Sekali lagi NGO WARGACAKNA merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Puan Nor Aini , isteri YB Dr Mamad bin Puteh, ADUN KUALA BERANG, atas penyempurnaan ini.

Previous articleBantuan Kecemasan Mangsa Erupsi Gunung Semeru, Indonesia
Next articleDana Kebajikan dan Dakwah di Lancarkan