Home Qurban Niat Qurban atas si Mati / Arwah

Niat Qurban atas si Mati / Arwah

156
0

Terdapat khilaf ulama berkaitan niat Qurban ke atas orang mati. Kedua-dua pandangan boleh diterima. Namun saya lebih cenderung kepada tidak sah, kerana Qurban ini adalah ibadah khusus atas individu. Niat Qurban juga tidak boleh atas organisasi.

.

Sudikan diri membaca dahulu membaca tulisan ini sebagai ilmu. Sesungguhnya ilmu itu lautan bagi kita yang dahagakan kehidupan yang sempurna.

.

Tulisan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Pensyarah UniSZA dalam isu ni.

*BERKORBAN UNTUK ORANG HIDUP*

Tidak sah berkorban untuk orang yang masih hidup melainkan dengan izinnya. Namun begitu dikecualikan bapa atau datuk maka harus baginya berkorban untuk si anak atau si cucu dengan menggunakan harta bapa atau harta si datuk itu.

Adapun berkorban dan berniat pahala korban itu untuk orang lain yang masih hidup atau sudah mati maka itu dibolehkan.

*BERKORBAN UNTUK SI MATI*

Menurut mazhab Shafei tidak sah berkorban untuk orang yang telah mati melainkan jika si mati itu berwasiat supaya dilakukan korban untuknya.hukum ini berdalilkan kepada hadis berikut:

عَنْ حَنَشٍ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّى بِكَبْشَيْنِ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَوْصَانِى أَنْ أُضَحِّىَ عَنْهُ فَأَنَا أُضَحِّى عَنْهُ.

Maksudnya: _Dari Hanasy katanya aku pernah lihat Ali (RA) mengorbankan dua ekor kibas maka aku berkata kepadanya apa ini? ( mengapa korban dua ekor? ) jawab Ali (RA) sesungguhnya Nabi SAW berwasiat kepada aku agar aku berkorban untuknya, maka akupun berkorban untuk baginda._

Hadis riwayat Abu Daud

*Kesimpulan*

*1. Jika arwah pernah berniat dan diwasiatkan untuk buat Qurban maka bolehlah waris membuat qorban diniatkan atas arwah.*

*2. Jika arwah tidak pernah pesan atau wasiat sedemikian, tidak sah. Kecuali waris melakukan qorban atas dirinya sendiri dan pahala qorban itu diniatkan kepada arwah (Perbuatan dan doa anak yang soleh akan terus menerus mengalir kepada ayah bonda yang sudah meninggal).*

Wallahuaklam

Dr Suhazeli Abdullah

Previous articleProgram Kebajikan dan Dakwah di Tawau & Semporna
Next articleProgram Qurban di Sudan Berjalan Lancar