spot_img
Aktiviti Warga CaknaProjek Telaga Tiub Garissa Berjaya dilaksanakan

Projek Telaga Tiub Garissa Berjaya dilaksanakan

14 Mei 2023. Aragadud, Garissa Kenya. Program menyediakan air bersih kepada pelarian yang berada di Wilayah Garissa telah berjaya dilaksanakan di sebuah perkampungan bernama Aragadud, Garissa. Perkampungan ini adalah tumpuan kepada beberapa lokasi penempatan pelarian yang berada dalam serba kekurangan.

Telaga Tiub berkaliber 1 kaki diameter in telah digali oleh pasukan pakar yang diupah khas oleh Mountain of Mercy UK sejak dua bulan lalu. Air ditemui terlalu dalam sehingga mencecah 200 meter ke bawah tanah.

Namun kegembiraan dikecapi oleh seluruh penduduk yang menghuni sekitar 10 km radius kawasan tersebut. Ini kerana, sebelum ini mereka terpaksa mengangkut air yang tidak bersih dari Sungai Tana yang jaraknya 20 km dari khemah penginapan mereka.

Warga Cakna turut membantu mendapatkan dana tambahan yang dikehendaki bagi menyiapkan sebiji telaga tiub tersebut.

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img
WhatsApp saya
1
Persoalan dari saya
Salam, Boleh saya bantu?