Aktiviti Warga CaknaJamuan Rakyat di Basilan

Jamuan Rakyat di Basilan

Satu Daerah yang banyak ketinggalan dari sudut pembangunan

Warga Cakna turut serta bersama Pasrelief Malaysia dalam misi kemanusiaan dan kebajikan di Selatan Filipina. Sumbangan dalam bentuk jamuan rakyat dan pembinaan sebuah Masjid Pulau Basilan, Mindanao itu berlangsung pada 27 Oktober 2024 lepas.
Terima kasih kepada semua pihak yang turut memberikan sumbangan melalui Warga Cakna.
Basilan adalah sebuah pulau di Barat Daya Mindanao yang sebahagian besar dari lokaliti pulau tersebut telah pun mendapat kuasa autonomi dari kerajaan Filipina sejak 2019.
Pulau itu dalam sedang meningkat membangun.
Mereka memerlukan bantuan dan pertolongan dari seluruh umat Islam kerana majoriti penduduk pulau tersebut adalah dalam kalangan umat Islam. Mereka agak ketinggalan 20 – 30 tahun ke belakang dari negara kita. Talian elektrik tidak ada dan memasak masih lagi menggunakan dapur kayu.
 
Namun rata-rata diperhatikan masyarakat mereka hidup harmoni dan bersungguh-sungguh untuk membina satu masyarakat baharu yang lebih moden dari sudut prasarana pendidikan, ekonomi, kesihatan dan politik. Di sinilah penting untuk kita sama-sama membantu mereka membangunkan umat Islam yang agak sekian lama dipinggirkan.
Dalam kesempatan program tersebut, Warga Cakna turut memberikan sumbangan kepada pembinaan sebuat masjid yang akan digunakan oleh pendudk Kampung Basilan. Majlis pecah tanah pembinaan masjid baharu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Yusni Mat Piah dan dihadiri oleh Dr Suhazeli Abdullah selaku Pengerusi Warga Cakna.
- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img