Aktiviti Warga CaknaAir Adalah Kehidupan Mereka

Air Adalah Kehidupan Mereka

Penduduk di Kampung Kotia, Daerah Bukedia Uganda yang Terpinggir

1 Nov 2024, Mbale Uganda. Program sumbangan waqaf telaga di lokaliti terpinggir Mbale Uganda diteruskan lagi dengan penggalian telaga ke 12. Kali ini sumbangan sebiji telaga oleh Dr Hashim Abdullah.

Pasukan NGO di Uganda telah pun menjalankan proses penggalian bermula 31 Oktober lalu. Proses menggali dijalankan secara manual atau tenaga manusia kerana mereka kekurangan dana untuk mendapatkan mesin menggali. Proses ini akan mengambil masa 10-14 hari lagi sehingga selesai menemui mata air.

Terima kasih kepada penyumbang yang sanggup menghulurkan sedikti rezeki mereka bagi membantu mereka yang terpinggir di satu lagi penjuru dunia.

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img