Aktiviti Warga CaknaKhidmat Kepada Mangsa Banjir

Khidmat Kepada Mangsa Banjir

9 NOV 2024, Kuala Berang. Warga Cakna adalah antara NGO yang bergabung di bawah Khidmat Malaysia Hulu Terengganu dalam pengurusan mangsa-mangsa banjir apabila berlaku bencana itu setiap tahun. 

Satu majlis pelancaran kesiapsiagaan Khidmat Malaysia Hulu Terengganu telah di lancarkan pada Sabtu lepas bagi menzahirkan kesediaan pasukan yang bergabung dalam menghadapi musim tengkujuh akhir tahun ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Hanafiah Mat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu. Turut hadir semasa majlis pelancaran itu adalah YB Ustaz Maliaman Kassim, ADUN Ajil dan Exco Kerajaan Terengganu (Selaku Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Terengganu). Majlis berkenaan diserikan lagi dengan kehadiran YB Ustaz Hilmi Dato Harun (ADUN Manir) dan YB Zawawi Ismail (ADUN Telemong).

Warga Cakna mempamerkan dan menyediakan 2 buah bot, satu lori dan satu jentolak bagi membantu menyelamat mangsa banjir.

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img