Aktiviti Warga CaknaSumbangan Gerobok Rezeki Ambang Ramadan

Sumbangan Gerobok Rezeki Ambang Ramadan

28 Februari 2025, Kuala Berang. Program sumbangan dana khas Gerobok Rezeki diteruskan dengan penyampaian wang belanja kepada golongan asnaf sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Sumbangan ini adalah hasil derma dari orang ramai melalui Warga Cakna. Wang belanja yang diberikan dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan sewaktu bulan ramadan ini. Mereka yang menerima bantuan ini terdiri daripada ibu tunggal, pesakit, pelajar miskin dan anak yatim piatu.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan masyarakat setempat dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya pada bulan yang penuh keberkatan ini. Program ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan.

Salurkan sumbangan ke: Gerobok Rezeki

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img