Aktiviti Warga CaknaBANTUAN AIR MINUMAN SELAMAT UNTUK PENDUDUK GAZA

BANTUAN AIR MINUMAN SELAMAT UNTUK PENDUDUK GAZA

14 APRIL 2025 | GAZA PALESTIN

Warga Cakna meneruskan misi kemanusiaan antarabangsa melalui Kempen “Dignity for Palestinians” dengan menyalurkan bantuan air minuman selamat kepada penduduk Gaza yang sedang berhadapan krisis kemanusiaan berterusan.

Misi bantuan yang dilaksanakan pada 14 April 2025 telah berjaya mengagihkan bekalan air bersih kepada komuniti yang amat memerlukan. Pelaksanaan di lapangan telah dikendalikan oleh rakan pelaksana tempatan dengan kerjasama NGO antarabangsa, memastikan bantuan sampai terus ke tangan penerima.

Gambar-gambar yang dirakam menunjukkan penduduk, khususnya kanak-kanak, tampil mengangkat bekas air dengan wajah penuh kegembiraan dan rasa syukur. Akses kepada air minuman bersih merupakan antara keperluan paling mendesak di Gaza berikutan kemusnahan infrastruktur dan sekatan berterusan.

Menurut wakil NGO disana, “Krisis kemanusiaan di Gaza menuntut perhatian dan tindakan segera. Kami berasa bertanggungjawab untuk menyumbang dalam kapasiti yang kami mampu. Semoga sumbangan kecil ini memberi sinar harapan buat mereka yang sedang diuji.”

Warga Cakna juga menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha kemanusiaan ini agar lebih ramai saudara kita di Palestin dapat dibantu.

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img