Qurban Somalia
Home Blog Page 15

Kempen 10 RIBU Naskah Al Qur’an dilancarkan

0

Kami membuka peluang kepada para dermawan untuk menyertai Wakaf al Qur’an.

.

Sasaran kami sebanyak 10 ribu naskah sebelum akhir Julai 2020.

.

Boleh ikuti maklumat lanjut: https://www.wargacakna.org/kempen-waqaf-naskah-al-quran/

Subangan Pek Makanan Ramadan di GAZA

0

[av_textblock size=” font_color=” color=” av-desktop-hide=” av-medium-hide=” av-small-hide=” av-mini-hide=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” av_uid=’av-2oa2ju’]
Gaza: Sumbangan barang makanan harian telah pun disempurnakan di Gaza. Rakan koloborasi, Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang menjadi wakil Warga Cakna untuk menyempurnakan amanah tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang telibat samada secara langsung atau tidak langsung.

Jumlah Pek Makanan Diagihkan sebanyak 59 pek dengan Nilai Setiap Pek RM120 sekotak. Agihan dilaksanakan di kawasan Khan Yunus, Gaza Selatan. Jumlah Penduduk Mendapat Manfaat : 59 keluarga atau 295 orang penduduk.

.

Maklumat lanjut: https://www.wargacakna.org/bantu-sebelum-beku/.

[/av_textblock]

[av_video src=’https://youtu.be/Xwi4gyLu1t4′ mobile_image=” attachment=” attachment_size=” format=’custom’ width=’1′ height=’1′ conditional_play=” av_uid=’av-kajrxlhl’ id=” custom_class=”]

PELAJAR LUAR NEGARA TERKESAN DENGAN COVID-19

0
Banyak mesej saya terima dari adik-adik pelajar luar negara mengenai permasalahan mereka. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kedutaan dan pihak berwajib, kami cuba bantu sekadar mampu meringan beban yang ditanggung oleh pelajar.
.
Antara beberapa keluhan mereka:
.
“Kami mengalami masalah kewangan yang kritikal akibat penutupan semua sempadan (darat, air dan udara) serta perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sudan sejak bermula penularan wabak COVID-19 bulan Mac tahun ini.”
.
“Situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Sudan dengan purata jumlah kematian yang hampir mencecah 100 kematian amatlah merisaukan kami, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan serta hospital yang mencukupi adalah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan ketidak-pekaan rakyat Sudan diwaktu puncak penularan wabak Covid 19. Ramai yang masih didapati tidak peka dan tidak mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sudan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar peningkatan jangkitan yang begitu tinggi. Akibat dari ini, adalah menjadi amat sukar bagi kami para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan makanan.”
.
“Faktor kemerosotan ekonomi di Sudan dan peningkatan harga barang makanan yang meningkat secara mendadak, ditambah pula terdapat ramai rakyat di Sudan yang tidak dapat bekerja akibat terkesan dari perintah berkurung. Hospital-hospital telah pun berhenti beroperasi sejak penularan wabak COVID-19 di. Kes hanya diberikan keutamaan kepada penduduk tempatan.”
.
“Kami tidak dapat ke Airport Khartoum juga telah lockdown selama 2 bulan dan tiada pesawat komersial yang dibenarkan keluar masuk Sudan.”
.
Isu yang sama berlaku di Mesir. Terdapat pelajar yang tidak sempat pulang pada peringkat awal PKP di sana. Atas pelbagai kekangan terutama pergerakan dan kewangan, mereka cukup terkesan. Pelajar-pelajar diluar Kaherah seperti Zagazig, Mansourah, Alex dan beberapa negeri lagi makin teruk terkesan. Kebajikan mereka terabai kerana lockdown yang telah diadakan.
.
“Setakat ni, bantuan kewangan dan kebajikan yang sangat diperlukan. Terutama bagi pelajar sains kesihatan di luar kaherah. Kerana pelajar diluar kaherah ni, bantuannya agak susah nak sampai, dan pihak berwajib juga banyak terlepas pandang kebajikan pelajar luar kaherah.”
.
Justeru, Kami merasa terpanggil untuk membantu sekadar mampu bagi meringankan beban mereka.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
.
*MAYBANK : 563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Ref: #PelajarTerkandas

Sumbangan Kepada Guru PASTI 2020

0

Antara golongan yang terkesan dengan COVID-19, adalah guru-guru PASTI. Sumber sara hidup mereka kebanyakannya adalah dari yuran pelajar dan sumbangan dari masyarakat setempat. Jika masyarakat itu golongan berada dan prihatin nasib mereka, maka tertunailah nafkah makan minum mereka untuk bulan itu. Sejak Mac lalu, mereka begitu terkesan, kelas-kelas semua ditutup. Justeru, sumber pencarian mereka juga terputus. Sebilangan besar dikalangan ketua keluarga mereka pula tiada mata pencarian yang tetap. Kais pagi makan pagi. Apabila PKP yang berlanjutan sehingga ke fasa-4 ini, memang amat menyedihkan.

.

Memang ya, kerja mendidik anak bangsa itu adalah kerja sukarela. Ianya dilakukan atas dasar fi sabilillah. Namun perlu kita lihat juga, setiap manusia juga mempunyai hak asasi atas diri sendiri seperti makan, minum dan tempat tinggal. Di sinilah tugas masyarakat untuk membantu dan menyokong sekadar mampu para pejuang pendidikan anak bangsa itu.

.

Warga Cakna hari ini turut meletakkan diri dalam membantu guru PASTI sekadar mampu. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan dapur dan wang belanja harian diserahkan pada guru PASTI yang tersenarai.

.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI kawasan Hulu Terengganu kerana sanggup mengatur jadual. Terima juga kepada semua relawan yang sanggup berpanas menyampaikan bantuan.

.

Terima juga kepada semua para penderma.

.

Pengerusi Warga Cakna

9.5.2020

Kuala Berang

Singgah Sahur Frontliners

0

Dini hari tadi adalah terakhir penghantaran makanan ke frontliners. PKPB sudah berkuat kuasa, sedikit kelonggaran kepada sektor ekonomi untuk beroperasi. Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, jadi frontliners mempunyai pilihan untuk dapatkan bekalan makanan sahur.

.

Terima kasih kepada semua team relawan #Covid19. Pergerakan anda semua tak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya Allah menilai kita semua. Percayalah kebajikan itu adalah permata yang sukar dibayar dengan wang ringgit dunia. Akhiratlah penentu segalanya.

.

Namun petang nanti kita ada tugasan untuk penghantaran lauk pauk berbuka puasa pula. Sila bersiap siaga semua. Lokasi hari ni lebih 45 buah rumah.

.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penderma yang beri kepercayaan kepada Warga Cakna bagi menyempurnakan ibadah sedekah ini. Sesungguhnya jambatan pahala melalui kebajikan tidak mengenal sempadan geografi dan warna kulit.

.

Pengerusi Wargacakna.org

Cakna Ramadan Frontliners

0

Penghantaran juadah sahur kepada frontliners bermula malam kelmarin. Sumbangan yang tuan puan hulurkan untuk juadah berbuka dan bersahur InshaAllah sampai ke mulut mereka. Semoga kekenyangan dan kegembiraan yang mereka kecapi turut juga menjadi modal pahala tuan puan di akhirat nanti.

.

Kami hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Pasukan relawan pun bekerja dengan ikhlas hati.

.

Sesungguhnya Allah sayang kita semua dalam membuat kebajikan dan kebaikan. Di bulan yang penuh berkah, rahmah serta keampunan ini, kita pulangkan kembali segala kerja buat dan niat kita kepada Allah untuk menilai dan memberikan ganjaran yang setimpal.

.

Aameen.

.

Lokasi gambar: Hospital Hulu Terengganu

Cakna Mangsa COVID-19 Mindanao

0

Awal bulan April lalu, sahabat baik saya dari Mindanao hantar mesej wasap, “Salam, if you have means, we need badly relief assistance. Poor people can’t go for their daily needs like sidewalk vendors, etc, only food store now open here and pharmacies. Thanks.”

.

Sahabat saya Tony (Nama Filipina) adalah seorang muslim yang kuat beribadah. Beliau adalah wakil NGO rasmi Bangsamoro yang selalu hubungi saya untuk membuat program kemasyarakatan terutama program Qurban aqiqah yang diadakan setiap tahun. Saya tahu beliau jujur dan tidak pernah meminta-minta.

.

Tetapi dengan wabak COVID-19 yang berlaku seluruh dunia ini, kehidupan masyarakat Mindanao lebih lagi terkesan. Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bayangkan pada awal bulan April lalu sudah 111 kematian akibat COVID-19 seluruh Filipina. Hari ini sudah mencecah 7579 kes dan 501 kematian. Lebih membimbangkan lagi, pergerakan mereka amat terhad, sehinggakan Presiden Filipina memberi amaran akan menembak sesiapa sahaja yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan negara mereka.

.

Saya bersyukur dan terima kasih kepada individu yang sanggup memberi sumbangan zakat kepada masyarakat Mindanao. Sesungguhnya Allah menyayangi kita selagi kita melakukan kebajikan kepada makhluk lain. Berkat sungguh kehidupan beliau nanti. Doakan.

.

Kita pun sedar negara kita juga perlukan sumbangan dan bantuan, kerana masyarakat yang miskin ada di mana-mana, tetapi khusus beliau hulurkan duit ini untuk mereka yang berada di Selatan Filipina itu. Bertuah sungguh. Apa lagi? Saya terus transfer duit ke akaun sahabat Mindanao itu supaya diagihkan kepada individu yang amat memerlukan.

.

Hari ini terlaksana, mereka telah berjaya menerima sumbangan duit untuk menampung kehidupan yang serba mencabar.

.

Mesej beliau pagi ini: “We distributed it to the selected distressed mothers within Isabela City, and other areas in Basilan. On behalf of all recipients we extend our THANKS AND GRATITUDE to the leadership of Warga Cakna on their untiring and sincerest concerned of the lives of Bangsamoro people in Southern Philippines.”

.

Saya pulangkan balik terima kasih itu kepada anda semua. Warga Cakna hanya perantara bagi meneruskan kesinambungan ibadah sedekah di bulan yang mulia ini.

.

Suhazeli Abdullah

www.wargacakna.org

27.4.2020

Infak Ramadan

0
infak Ramadan
Kami membuka projek infak Ramadan pada tahun ini bertujuan bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur khusus kepada ahli kariah yang tidak berkemampuan. Team Relawan Cakna akan bersedia menyampaikan kepada mereka yang memerlukan terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan.
.
Biasanya pada tahun-tahun sebelum ini, para penderma akan sponsor makanan berbuka atau bersahur melalui masjid atau surau. Namun di musim wabak COVID-19, masjid dan surau diperintahkan tutup. Jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan sama sekali kerana berkumpul ramai boleh berpotensi rantaian wabak akan tercetus.
.
Oleh itu Warga Cakna membuka peluang keapda para penderma budiman sekelian untuk terus meningkatkan ibadah kebajikan pada tahun ini dengan sponsor secara maya. Kita pu nsemua tahu bahawa besar ganjarannya yang akan kita perolehi apabila menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain.
.
Kaedahnya bagaimana? Mudah sahaja.
.
  1. Daftar nama anda dalam borang ringkas yang disediakan ini:  https://www.billplz.com/caknaramadan. Pembayaran terus juga boleh dibuat secara dalam talian seperti yang dinyatakan dalam borang berkenaan.
  2. Maklumat yang kami perolehi akan dilaksanakan melalui pemabhagian segera atau penyediaan juadah berbuka mahupun bersahur di lokasi yang telah dikenalpasti.
  3. Segala perkembangan sponsor ini akan dimasukkan dalam laman rasmi www.wargacakna.org atau fb.com/wargacakna.org
.
Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan akan menjadi satu amal jariah yang berpanjangan di Akhirat nanti.
.
Sekian
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi
www.wargacakna.org
.
MAYBANK ISLAMIC | No: 563037065007
Ref: #CaknaRamadan
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

Cakna Gaun COVID-19

0

“Bukan kata tak ada langsung PPE, tetapi tidak mencukupi dengan jumlah kegunaan musim #COVID19 ni.”

.

“Sementara tunggu bekalan dari atasan, kita usaha dahulu mana yang mampu.”

.

“Kain dah ada cuma jahit tu tak ada kemahiran, lagipun masa tak mengizinkan.”

.

“Ok tak apa, wargacakna.org ada sukarelawan dari kalangan Muslimat untuk bantu jahit menjahit. Jom kita bantu.”

.

Mari bersama-sama kami, Warga Cakna untuk membantu HERO MALAYSIA yang kekurangan gaun isolasi untuk berjuang. Salurkan sumbangan anda walau serendah RM10 untuk menjamin jambatan kebajikan yang berpanjangan. Sekaligus anda menjadi mata rantai kepada pejuang para front-liners kita.

.

Objektif kutipan dana:

✅ Bantu beli tambahan kain gaun yang masih belum mencukupi.

✅ Upah sekadar patut kepada tukang jahit. Walaupun mereka kata sukarela, tetapi wargacakna.org tak sampai hati kalau tidak beri langsung upah. Paling tidak Muslimat boleh beri beras sekilo dua untuk family masing-masing.

✅ Beli alatan jahitan lain seperti benang, getah dan jarum.

.

Isolation Gown PPESemoga setiap amal kebaikan kita sentiasa mengalir dan menjadi jambatan pahala kita untuk ke Syurga. Jom kita sama-sama cukupkan dana untuk membantu mereka.

.

www.wargacakna.org

.

#FightCovid19

MAYBANK ISLAMIC

No: 563037065007

Ref: #gaunPPE

(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

Derma online: https://www.billplz.com/caknagauncovid19

Sumbangan Barang Dapur

0

😭 Boleh kita bayangkan sendiri orang kampung yang sebelum ini hanya mata pencarian mereka adalah titik peluh bekerja sendiri seharian. Tetapi apabila diistiharkan PKP fasa 1, 2 dan 3, mereka jadi mati kutu. Tiada punca pendapatan. Kalau keluar cari makan, nasib tak baik masuk lokap.

.

✅ Justeru kami berusaha turun ke kampung bagi melihat dan menilai keperluan masyarakat. Jika dhaif dan memerlukan, kita hulurkan sedikit bantuan sekadar kemampuan. Kami tidak kuat, kami tidak besar tetapi yang penting adalah kerjasama semua pihak.

.

👍 Kami sebagai penghubung kepada masyarakat yang memerlukan.

✅ Anda pula adalah penyambung pahala dengan terus memberikan derma dan sokongan.

.

Terima kasih semua.

.

Semoga setiap amal kebaikan kita sentiasa mengalir dan menjadi jambatan pahala kita untuk ke Syurga. Jom kita sama-sama cukupkan dana untuk membantu mereka.

.

www.wargacakna.org

.

#FightCovid19

MAYBANK ISLAMIC

No: 563037065007

Ref: #gaunPPE

(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

Online transfer: http://www.wargacakna.org/prihatin/

.

Atau https://www.billplz.com/wfnyywa12

Video sumbangan: https://www.youtube.com/watch?v=nDdgtobYYic&t=16s