Qurban Somalia
Home Blog Page 3

Bantuan Mangsa Banjir di Kampung Kemat

0

Telemong, 04 Jan 2025. Wakil Warga Cakna turut bersama menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kg Kemat, Telemong. Sumbangan diterima dari Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin Kulai Johor dan Empire of Serkam.

Terima kasih kepada Hj Affandi dan pasukannya yang bertungkus lumus turun dari Melaka untuk menyampaikan bantuan tersebut. Terima kasih juga kepada Hj Sabri sebagai pemudah cara kepada bantuan.

Turut bersama dalam misi bantuan kali ini adalah YB Rasol Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan Hj Zawawi Ismail, ADUN Telemong.

Selamat Tahun Baharu

0

Warga Cakna mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua. Semoga tahun 2025 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih diberkati dan semangat untuk terus beramal.

Sumbangan Kemalangan Jalanraya

0

Kuala Berang, 30 Disember 2024 – Seorang sukarelawan Warga Cakna yang sentiasa memberikan khidmat dalam apa jua Medan bencana, telah kemalangan jalan raya. Mengalami kerosakan teruk pada kereta yang dipandunya. Tetapi beliau dan keluarga selamat tanpa ada kecederaan yang besar.

Wakil Warga Cakna mengambil peluang untuk memberikan sedikit sumbangan bagi membantu beliau dalam keadaan yang penuh getir pada masa ini.

Program Gerobok Rezeki

0

Kuala Berang, 19 Disember 2024. Program Gerobok Rezeki diteruskan dengan penyampaian sumbangan makanan asasi kepada mereka yang daif. Kali ini sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Warga Cakna di Kampung sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu. Keluarga yang disantuni pada sumbangan kali ini adalah seorang ibu tunggal yang menjaga seorang anak OKU.

Sumbangan Dana Pasca Banjir

0

Kuala Nerus, 16 Dis 2024. Terdapat mangsa banjir yang memerlukan barangan makanan segera, wakil Warga Cakna telah berusaha mendapatkannya dan sesi serahan telah dijalankan dekat sini tengahari tadi.

Banjir pada akhir November dan awal Disember lepas adalah antara terburuk di Pantai Timur Malaysia selepas 2013 yang lalu. Setakat ini berberapa sesi bantuan telah pun diberikan melalui Warga Cakna untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

100 Keluarga Pelarian Gaza Terima Sumbangan

0

 

IDP Camp Gaza, 15 Dis 2024. Sumbangan makanan diteruskan kepada mangsa pelarian perang Gaza. Kali ini sebanyak 100 keluarga diberikan sumbangan dalam bentuk makanan yang mampu menampung seminggu.

Pasukan NGO tempatan Dignity 4 Palestinians telah mengagihkan hasil sumbangan dari rakyat Malaysia itu pada 15 Disember 2025 lalu. Pihak mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Warga Cakna yang menjadi perantara saluran dana tersebut.

Semua harga barang melambung tinggi. Kesukaran mendapatkan bekalan makanan semakin meruncing apabila peperangan masih berterusan. Sekatan terhad dari pintu masuk makanan iaitu melalui Pintu Rafah masih berjalan. Keadaan ini menyukarkan lagi pihak mereka mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Semoga rakyat Malaysia terus menyumbang melalui Warga Cakna demi kelangsungan hidup mereka yang terpinggir di Gaza.

Ringan Tangan Aktiviti Pasca Banjir

0

Kuala Berang, 4 Dis 2024. Pasukan relawan dari Warga Cakna turut menyumbangkan tenaga mereka dalam aktiviti membersihkan sisa kotoran lumpur banjir di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah pagi tadi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Misi Kemanusiaan Somalia

0

30 November 2024, Borama, Somaliland. Pengerusi Warga Cakna, Dr. Suhazeli Abdullah telah ke Somalia bagi menyempurnakan misi kemanusiaan di sana.

Program bermula dengan sembelih lembu yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia. Dua ekor lembu telah pun disembelih. Daging lembu tersebut dia agihkan kepada penduduk miskin di Borama Somalia.

Borama adalah salah satu daripada bandar besar di Somaliland. Ianya berada di bahagian barat dari Hergeisa iaitu bandar udara Somaliland. Penduduknya lebih kurang 300,000 orang yang hidup dalam serba kedaifan dan kekurangan. Sumber pendapatan utama mereka adalah melalui pertanian. Walaupun mengalami kemarau yang panjang, pokok-pokok seperti shorgum dan jagung dapat hidup di sana. Itu pun dalam jumlah yang sedikit. Bijirin Shorgum adalah salah satu daripada makanan ruji mereka selain daripada gandum. Gamdum tidak ditanam di sana, tetapi ia di import dari negara-negara luar seperti India dan negara-negara Eropah, Rusia dan Ukraine.

Program kedua yang diadakan dalam misi kemanusiaan tersebut adalah agihan bakul makanan. Sebanyak 100 pek makanan telah berjaya di agihkan. Dengan kos pek makanan sebanyak USD25 satu bakul, mampu untuk menampung sebuah keluarga sepanjang seminggu.

Warga Cakna mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah pun memberikan sumbangan melalui program misi kemanusiaan ini. Insya-Allah dalam lain kesempatan kita akan turun lagi ke Somaliland untuk melaksanakan program kemanusiaan.

Terima kasih.

Bantuan Banjir di Besut

0

Kuala Besut, 30 Nov 2024: Wakil Warga Cakna, Sdr Mohammad Sabri Ismail telah menyampaikan sumbangan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Kuala Besut. Bantuan telah disampaikan dalam bentuk bekalan makanan asas seperti beras. gula, biskut dan beberapa barangan lain lagi. Sebanyak 36 buah rumah telah disantuni oleh pasukan bantuan kami.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang melalui Warga Cakna.

Bot Bantuan Banjir Disiapkan Segera

0
Ahlijawatankuasa Warga Cakna sedang membuat persiapan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terkandas di Kuala Berang.
 
Teruskan sumbangan anda untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa terlibat.