Pengkisahan Perjuangan Palestin

Palestin adalah Isu Sejagat

Hari ini terima notifikasi dari bank Warga Cakna bahawa terdapat non-muslim turut menyumbang untuk Dana Palestin Menangis.

Isu Palestin adalah bukan semata-mata pertembungan agama tetapi ia adalah isu kemanusiaan sejagat. Sudah beratus tahun rakyat Palestin dinafikan hak mereka yang menduduki dan hak milik sebenar tanah Palestin tersebut. Dunia juga mengetahui bahawa hasil daripada kerakusan kuasa-kuasa besar yang menempatkan Israel di Palestin (Deklarasi Belfour 1917) dan akhirnya menjajah dan menjarah setiap inci tanah Palestin.

Rakyat Palestin bangun untuk mempertahankan diri mereka walaupun tidak mempunyai senjata canggih seperti Israel, mereka hanya menggunakan batu-batu dan lastik untuk melawan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh Zionis  Israel itu.

Di Semenanjung Gaza Mujur ada Bridget al-Qassam yang mempunyai kelengkapan seadanya bagi membalas balik serangan yang dihantar oleh tentera Israel. Itupun sejauh mana mereka dapat bertahan dan selama mana rakyat di Gaza dan Tebing Barat boleh menanggung penderitaan ini?

Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang telah menubuhkan Aid4Palestine demi membantu mangsa-mangsa yang menderita dan keluarga terkorban hasil daripada peperangan yang meletus ini.

Warga Cakna juga tidak ketinggalan turut serta dalam gabungan NGO Malaysia untuk membantu rakyat Gaza dan Palestin yang sekarang ini merintih di awal Syawal yang baru menjelang tiba.

Sumbangan anda diperlukan. Anda boleh terus menyumbang di pautan berikut https://wargacakna.org/palestin-menangis/

Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
13.5.2021

Rujukan:
Fila Magnus. Palestine Occupied – History in Brief. November 29, 2012