Dapur Kuarantin Mangsa COVID-19 Gaza dilancarkan

Warga Cakna mengambil tugasan bersama dengan Persatuan Cinta Gaza Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa COVID-19 di Bumi Gaza.

Menurut laporan, sehingga 8 September 2020 sebanyak lebih 581 kes positif dan 5 kematian telah dicatatkan di Gaza. Lebih 14 orang yang positif daripada mereka adalah dari kalangan paramedik.


Ribuan lagi termasuk frontliner terkandas di Pusat Kuarantin yang serba serbi kekurangan. Wabak dijangka merebak dengan cepat kerana peta interaksi pesakit sangat luas dan sukar
dikesan. Akibat daripada unjuran peningkatan kes yang mendadak dalam beberapa hari ini, Penguasa tempatan di Gaza terpaksa mengarahkan ‘Lockdown’ di beberapa kawasan utama
di bandar Gaza. Hal ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dalam kalangan penduduk Gaza. Ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada kerja seharian terjejas sumber pendapatan dan akan memerlukan bantuan makanan hasil sumbangan NGO antarabangsa.

Sehubungan dengan itu DANA KHAS dilancarkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Is that normal. If the pain is too acute and unbearable, I recommend consulting with your doctor. levitra malaysia Home pregnancy tests test positive when they detect this hormone.

About Us. viagra malaysia Community Programs.

Sumbangan Madrasah Darul Sunah, Pulau Jambongan, Sabah

Terima kasih kepada semua penderma yang menghulurkan derma melalui Warga Cakna bagi pembangunan dan pendidika Madrasah Darul Sunnah di Pulau Jambongan, Sabah.

Dengan jumlah yang diberikan oleh para dermawan, kita mampu memberikan sedikit kelegaan kepada mereka dan penduduk yang mendapat pendidikan agama di sana.

Terima kasih rakan NGO Persatuan Minda Progresif (PMP) yang mewakili Warga Cakna bagi menyampaikan sumbangan tersebut. Adalah diharapkan banyak lagi sumbangan diberikan oleh para dermawan bagi membina modal insan dan frasarana di Pulau yang agak terpinggir itu.

Photo of People created by freepik — www. viagra pill Dental cleaning is not a treatment characterized by pain to the patient.

Tabung Kebakaran PASTI Nurul Hannani Tawau Sabah dilancarkan.

Luluh hati tengok tempat mendidik anak-anak PASTI Nurul Hannani Tawau Sabah ini ranap ditelan api sekelip mata. Mujur tiada mangsa yang terperangkap dan maut. Tetapi bangunan indah itu musnah dijilat api.

Kami telah menghubungi pihak PASTI untuk turut membantu membangunkan semula pusat asuhan anak-anak tunas Islam itu. Anggaran pembinaan semula RM300K..Ingatlah anak-anak inilah generasi akan datang untuk membentuk negara sejahtera.

Bayangkan jika tiada tempat yang sempurna, pendidikan awal anak-anak itu akan terabai.

Ayuh! sama-sama bantu anak PASTI..Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud:

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”.

Caranya bagaimana?

Boleh klik link rasmi di bawah untuk menyumbang:https://www.wargacakna.org/tabung-bencana/

Atau transfer ke : 563037065007

(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

‘Reference’: #Pasti

Email: wargacaknatrg@gmail.com

Tel: 0195003475

Textually explain that:. viagra malaysia Antioxidants are chemical compounds that are responsible for fighting other molecules, as is the case with free radicals.

Tabung Ihsan Pulau Miskin Jambongan

Tahu kah anda….. ??? Pulau Jambongan adalah pulau yang kedua terbesar di Sabah. Untuk sampai ke pulau ini, mengambil masa lebih 1.5 jam menaiki bot kecil (tanpa atap) dari tanah besar Sabah. Hampir kesemua (90%) penduduk bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan sekeluarga hanya RM500 -RM700 sebulan.

Terdapat 350 keluarga (2000 orang penduduk warga Malaysia) beragama Islam, tinggal di 5 kampung di pulau tersebut. Namun di pulau ini tiada mempunyai sumber air yg bersih, bekalan elektrik, feri untuk ke tanah besar, dan sebagainya.

Alhamdulillah sejak kedatangan beberapa NGO ke pulau ini, telah terdiri Madrasah Darus Sunnah di setiap kampung. Dengan ilmu yg benar, banyak kepercayaan syirik yang menjadi amalan sejak berzaman telah berjaya dihakis.

Pertubuhan Minda Progresif (PMP) membuka inisiatif Tabung Bantuan Ihsan, berhasrat membantu komuniti Islam di Pulau ini. Wakil pengurusan PMP akan bertolak kesana pada 29 Ogos 2020 untuk 3 hari, untuk menyampaikan sedikit sumbangan serta meneliti keperluan asas masyarakat di sana. Sasaran kami untuk mendapatkan dana sebanyak RM30 ribu untuk mereka yang dhaif, nun di hujung negara tercinta..
Jauh di mata dekat di hati..😍

Warga Cakna turut serta mengambil bahagian dalam kutipan tabung ini. Sedikit sebanyak rezeki yang kita ada, berbahagi untuk bekalan akhirat nanti.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Warga Cakna dan akan dihantar bersama dengan PMP nanti.

Salurkan sumbangan anda ke:
https://www.wargacakna.org/jambongan
MAYBANK : 563037065007
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
‘Reference’: Jambongan

Mohon viralkan, please….

There are some contraindications for treatment such as severe systemic diseases, infections, pregnancy, taking oral contraceptives and others. viagra tablets The doctor performs the necessary questions and scans to verify that a patient is fit for treatment.

Sumbangan kepada Asnaf

Kuala Berang, 10/8/2020; Hasil dari sumbangan orang ramai melalui Warga Cakna, sumbangan dana disampaikan hari ini.

Sebuah keluarga layak asnaf telah dibantu dengan beberapa barangan kegunaan harian dan wang belanja. Semoga keluarga tersebut dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Inflammation of the pericoronary tissue. buy viagra online malaysia Search Dental Clinic.

Bantuan Persekolahan Anak Asnaf

Majlis sumbangan bantuan persekolahan anak-anak yatim dan miskin. Sumbangan ini adalah hasil dari saluran yang diberikan oleh individu dermawan. Warga Cakna hanya sebagai penyambung kepada kebajikan ini bagi menyempurnakan sumbangan.

Setiap bulan terdapat beberapa individu yang memberikan sumbangan secara tetap melalui Warga Cakna untuk disalurkan kepada mereka yang dhaif. Terima kasih atas keprihatinan semua.

The Journal of Education. viagra online malaysia Subscribe, Search.

Majlis Penyerahan TermoScan kepada Sekolah DAR

KUALA NERUS, Majlis penyerahan alat pengimbas suhu telah berjalan dengan jayanya. Pihak pengurusan sekolah-sekolah DARUL di Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Warga Cakna dan Iman Care kerana menyampaikan sumbangan tersebut.

Keperluan wujudnya pengimbas suhu (TermoScan) ini penting bagi sesi pembukaan sekolah-sekolah DAR dalam masa terdekat di musim wabak COVID-19 terus melanda negara.

Sebanyak 13 buah sekolah DAR di seluruh Terengganu akan diagihkan alat TermoScan tersebut bermula hari ini.

Symptoms depend on the area it affects. where to buy viagra in malaysia During the dormant phase, TB has no symptoms.

Qurban Luar Negara Lebih Afdhal?

Oleh: Dr Suhazeli Abdullah

Saya ditegur oleh seorang kawan kerana menjalankan promosi program Qurban luar negara. Walaupun sejak 2009 lagi saya berkecimpung dalam Qurban &  Aqiqah luar negara, tetapi kali ini, teguran beliau agak sedih sedikit. Merayu secebis daging Qurban hatta setengah kilo sambil menyengong usaha yang telah kami lakukan sejak sekian lama. Saya terima dengan nada positif, kerana usaha yang kami lakukan pun ini sebagai kebaikan ummah juga.

Ibadat korban sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan. Ia merupakan bukti keikhlasan dan ketaqwaan seseorang kerana dalam ibadat korban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT, melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging korban, di samping menambah amal kebajikan. Dalam melaksanakan ibadat korban, di mana sahaja ianya dilakukan, pasti akan melibatkan perbelanjaaan wang dan harta benda. Sudut keafdhalan, menyembelih Qurban di tempat sendiri, melihat darah yang terpancut keluar semasa sembelih dan membahagikan kepada golongan berhak adalah terlebih afdhal. Tidak dinafikan lagi. Antara amal kebajikan yang tinggi dalam ibadah Qurban ini adalah membahagikan daging kepada para fakir miskin. Terutamanya yang selalu dilanda musibah serta hidup melarat. Sebenarnya bantuan ke atas mereka bukan bermusim pada hari raya Qurban sahaja, tetapi sepanjang masa selagi mereka amat memerlukan.

Di sini timbul isu, kemiskinan dalam negara kita sendiri. Cerapan perlu dilakukan bagi mengenal pasti berapa ramai yang miskin dan kebuluran sehinggakan sebuku daging tidak pernah dimakan sepanjang tahun? Berbanding dengan negara jiran seIslam kita yang melarat dan selalu dalam kancah kebuluran, peperangan dan bencana? Kita tidak nafikan bahawa ibadat korban yang dilakukan oleh seseorang di negara lain bukan di negara tempat dia berada, dalam hukum fiqh melibatkan hukum tertentu, iaitu memindah wang ke negara lain. Namun dengan melakukan korban di luar negara ini akibat dari beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya.

Statistik menunjukkan bahawa negara Malaysia dikategorikan sebagai negara kaya dengan jumlah paras kemiskinan 3.8% (rating ke 160). Kita pun tidak pernah kedengaran pelaporan rakyat Malaysia mati akibat kancah kebuluran. Cuba kita bandingkan dengan negara-negara umat Islam yang lain seperti Sudan Selatan 50.6% (rating 21), Sudan 46.5% (rating 30), Kemboja 20% (rating 104).[1] Puratanya kemiskinan dan kefakiran negara mereka 1 dalam 3 orang, berbanding negara kita 4 dalam 100 orang. Adakah keadaan ini tidak mendesak kita untuk turut membantu mereka? Dengan harga bahagian lembu yang ditawarkan itu, sedikit sebanyak ada lebihan yang boleh dijanakan bagi disalurkan kepada perkara kebajikan. Sebagai contohnya, YAYASAN AMAL TERENGGANU pada tahun ini akan cuba memberi sumbangan baju raya kepada anak-anak Sudan. Melihat kepada kepenggunaan baju mereka hanya kitaran setahun sekali (mungkin bertahun-tahun guna hingga amat lusuh) dan perlu digembirakan melalui kaaedah ini.

Jumlah lembu Qurban yang YAYASAN AMAL TERENGGANU perolehi pada setiap tahun pun tidak dapat menandingi jumlah lembu yang disembelih dalam negara. Tahun lepas sahaja kami berjaya mendapat penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia sebanyak 460 ekor. Yayasan Amal Malaysia adalah satu-satunya NGO malaysia yang melakukan program Qurban & Aqiqah di negara miskin Sudan. Selain itu rakan NGO dari Turki juga melakukan program sama, mereka berjaya menyumbang sebanyak lebih 1000 ekor lembu. Jabatan veterinar Malaysia mengeluarkan statistik jumlah lembu yang disembelih pada tahun 2015 dalam negara, kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing.[2] Dengan sejumlah ini, takkan tiada usaha untuk diedarkan kepada fakir miskin yang masih ada dalam negara?

Bagi saya, tidak salah hati untuk terus melakukan program Qurban & Aqiqah luar negara. Kehidupan mereka pun amat mendesak. Pun begitu dengan sejumlah kecil yang kami sumbangkan itu tidak pun boleh melangsaikan statistik kemiskinan tegar negara berkenaan.

Tahun ini sekali lagi saya akan ke Sudan. akan mula bertolak ke sana 2 hari sebelum raya haji.

Sekian terima kasih
Dr Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi

Link:
[1] Statistik Kemiskinan Seluruh Dunia. http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?v=69
[2] Statistik Jabatan Veterinar. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/stok-bekalan-ternakan-untuk-hari-raya-aidiladha-mencukupi-shabery-74104

Name Spanish Phone Write us your query here. generic viagra Nuria Valdeolivas N.

Kempen 10 RIBU Naskah Al Qur’an dilancarkan

Kami membuka peluang kepada para dermawan untuk menyertai Wakaf al Qur’an.

.

Sasaran kami sebanyak 10 ribu naskah sebelum akhir Julai 2020.

.

Boleh ikuti maklumat lanjut: https://www.wargacakna.org/kempen-waqaf-naskah-al-quran/

PELAJAR LUAR NEGARA TERKESAN DENGAN COVID-19

Banyak mesej saya terima dari adik-adik pelajar luar negara mengenai permasalahan mereka. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kedutaan dan pihak berwajib, kami cuba bantu sekadar mampu meringan beban yang ditanggung oleh pelajar.
.
Antara beberapa keluhan mereka:
.
“Kami mengalami masalah kewangan yang kritikal akibat penutupan semua sempadan (darat, air dan udara) serta perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sudan sejak bermula penularan wabak COVID-19 bulan Mac tahun ini.”
.
“Situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Sudan dengan purata jumlah kematian yang hampir mencecah 100 kematian amatlah merisaukan kami, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan serta hospital yang mencukupi adalah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan ketidak-pekaan rakyat Sudan diwaktu puncak penularan wabak Covid 19. Ramai yang masih didapati tidak peka dan tidak mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sudan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar peningkatan jangkitan yang begitu tinggi. Akibat dari ini, adalah menjadi amat sukar bagi kami para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan makanan.”
.
“Faktor kemerosotan ekonomi di Sudan dan peningkatan harga barang makanan yang meningkat secara mendadak, ditambah pula terdapat ramai rakyat di Sudan yang tidak dapat bekerja akibat terkesan dari perintah berkurung. Hospital-hospital telah pun berhenti beroperasi sejak penularan wabak COVID-19 di. Kes hanya diberikan keutamaan kepada penduduk tempatan.”
.
“Kami tidak dapat ke Airport Khartoum juga telah lockdown selama 2 bulan dan tiada pesawat komersial yang dibenarkan keluar masuk Sudan.”
.
Isu yang sama berlaku di Mesir. Terdapat pelajar yang tidak sempat pulang pada peringkat awal PKP di sana. Atas pelbagai kekangan terutama pergerakan dan kewangan, mereka cukup terkesan. Pelajar-pelajar diluar Kaherah seperti Zagazig, Mansourah, Alex dan beberapa negeri lagi makin teruk terkesan. Kebajikan mereka terabai kerana lockdown yang telah diadakan.
.
“Setakat ni, bantuan kewangan dan kebajikan yang sangat diperlukan. Terutama bagi pelajar sains kesihatan di luar kaherah. Kerana pelajar diluar kaherah ni, bantuannya agak susah nak sampai, dan pihak berwajib juga banyak terlepas pandang kebajikan pelajar luar kaherah.”
.
Justeru, Kami merasa terpanggil untuk membantu sekadar mampu bagi meringankan beban mereka.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
.
*MAYBANK : 563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Ref: #PelajarTerkandas