Laksanakan Ibadah Qurban Anda Tahun Ini di
Uganda / Kenya / Palu / Mindanao


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan Qurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.” -Riwayat Ahmad & Ibnu Majah


Sekali lagi tahun ini Warga Cakna menjalankan misi kemanusiaan melalui program Qurban & Aqiqah. Terima kasih atas penyertaan anda sebelum ini. Program ini sudah masuk tahun ke-7. Program tahun ini Warga Cakna akan ke 4 buah lokasi terpilih iaitu Mindanao, Palu, Sudan dan Uganda/Kenya. Program dalam negara juga dijalankan.

Wakil Cakna akan berada di Mindanao, Palu dan Afrika Selatan. Inshallah wakil Warga Cakna akan melaksanakan kerja pembelian, pengurusan, penyembelihan dan pengagihan daging Ourban sama seperti tahun lalu.

Fokus utama Qurban dan Misi kemanusiaan pada tahun ini adalah negara Uganda. Secara khususnya team Warga Cakna kan ke Karamoja (500 km dari ibu negara: Kampala), yang terletak di Timur Laut Uganda, bersebelahan Kenya dan Sudan. Ia merupakan sebuah kawasan paling terpinggir dan paling miskin di Uganda. Kadar kemiskinannya dilaporkan melebihi 60%. Kadar fertiliti yang tinggi, ditambahi dengan pekerjaan utama penduduk Karamoja rata-ratanya pengembala secara nomad, menjadi faktor utama kemiskinan. Di tambahi dengan kesukaran akses sumber air bersih, malnutrisi, taraf pendidikan, tahap kesihatan dan sukarnya untuk peluang pekerjaan.

ISI BORANG SEKARANG


Tahun 2023 sahaja, terdapat 1,561,634 pelarian di Uganda. Dan di sinilah juga tempat ‘menumpang hidup’ bagi pelarian dari Republik Demokratik Congo (DRC), Sudan Selatan dan Somalia, yang melarikan diri dari konflik, keganasan dan penganiayaan. Menurut laporan UNHCR, Uganda adalah tuan rumah kepada populasi pelarian terbesar di dunia. Hidup di tanah tanpa rumah, majoriti pelarian ini hanya tinggal di khemah-khemah pelarian atau rumah binaan sendiri menggunakan tanah liat bertulangkan ranting-ranting kayu yang sesak lagi menyesakkan. Tanpa kemudahan air bersih, makan bergantung kepada pemberian dan sumbangan, kekurangan pakaian dan zat makanan, kurangnya prasarana kesihatan, persekitaran sangat tidak selamat dan sangat mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.

Menelusuri penuh keinsafan akan jerihnya mereka mengharungi takdir yang menimpa ini, maka saya dengan rendah hati, ingin merayu tuan-puan yang berhati mulia, untuk bersama-sama menyokong secebis ikhtiar kami, agar sama-sama membantu saudara-saudara kita di Karamoja, Uganda. yang memerlukan bantuan kita dengan segera.

Alhamdulillah, ‘Team’ pertama misi kemanusiaan telah turun padang menyantuni penduduk dhaif di Karamoja, Uganda, pada 20 Disember 2023 lepas, memfokuskan bantuan seperti berikut:

 

Sempena dengan Hari Raya Aidul Adha yang menjelang tiba 2024 ini, team Cakna Qurban akan sekali lagi ke sana bagi menyampaikan amanah ibadah qurban yang di berikan oleh tuan/puan semua.

Selain dari Uganda, Team Cakna Qurban juga akan melaksanakan ibadah qurban di Palu, Indonesia dan Mindaano, Filipina.

ISI BORANG SEKARANG


Bagi program Qurban & Aqiqah, perincian adalah seperti berikut:

A. Benua Afrika (Uganda).

RM380/1 bahagian lembu
RM550/1 ekor kambing

B. Benua Asia (Mindanao dan Palu, Sulawesi):

RM490/1 bahagian lembu

C. Khas dalam negara:

RM790/1 bahagian lembu [Akan dilaksanakan di Terengganu]

D. Wakaf Naskah Al Quran

RM30/1 naskah [semua tempat]


Kenapa Melaksanakan Qurban & Aqiqah Bersama Warga Cakna?

  1. Sudah berpengalaman dalam melaksanakan program ini di pelbagai negara.
  2. Tumpuan perlaksanaan Qurban di negara-negara yang berada dalam krisis sperti peperangan, bencana alam dan kemiskinan yang melampau.
  3. Menggunakan permohonan dan pembayaran secara sitematik dalam talian. Ianya Lebih SENANG dan MUDAH dengan Permohonan & Pembayaran Online.
  4. Proses penyembelihan dijalankan sendiri oleh team Warga Cakna.
  5. Harga setiap bahagian qurban SUPER JIMAT. Ianya kerana kos pembelian di negara-negara berkenaan jimat berbanding dengan negara kita.
Aktiviti Peyembelihan Kambing dilaksanakan sendiri oleh Tean Cakna Qurban

Apakah Manfaat yang anda Perolehi?

  1. Gambar dan Video sembelihan akan di kongsi dalam bentuk maya (Link Google Drive).
  2. Sijil Penyertaan Digital dikeluarkan (Bentuk PDF melalui email).
  3. Mengetahui perkembangan terkini sembelihan melalui group khas Aplikasi WhatsApp.

Ayuh, jadikan Aidiladha ini bermakna buat kita dan mereka yang menerima daging hasil ibadah korban yang kita lakukan.

Kerana kita dan mereka adalah bersaudara.

Sebarkan kebahagiaan sesama manusia.


Justeru Warga Cakna membuka peluang Qurban & Aqiqah adalah seperti berikut:

MAKLUMAN

Warga Cakna berdaftar di bawah BillPlz bagi urusan pembayaran online.

WhatsApp saya
1
Persoalan dari saya
Salam, Boleh saya bantu?