DANA DAPUR KUARANTIN COVID-19 GAZA DILANCARKAN
Kita serba maklum Pandemik Covid-19 semakin menggila. Semakin hari semakin bertambah kes di seluruh dunia. Tidak terkecuali daerah kesayangan ummat Islam, Gaza, Palestin, juga dilambung badai Covid-19 ini. Bumi anbiya’ ini mencatatkan peningkatan kes demi kes setiap hari. Menurut laporan, sehingga 8 September 2020 sebanyak lebih 581 kes positif dan 5 kematian telah dicatatkan di Gaza. Lebih 14 orang yang positif daripada mereka adalah dari kalangan paramedik.
Ribuan lagi termasuk frontliner terkandas di Pusat Kuarantin yang serba serbi kekurangan. Wabak dijangka merebak dengan cepat kerana peta interaksi pesakit sangat luas dan sukar dikesan. Akibat daripada unjuran peningkatan kes yang mendadak dalam beberapa hari ini, Penguasa tempatan di Gaza terpaksa mengarahkan ‘Lockdown’ di beberapa kawasan utama di bandar Gaza. Hal ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dalam kalangan penduduk Gaza. Ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada kerja seharian terjejas sumber pendapatan dan akan memerlukan bantuan makanan hasil sumbangan NGO antarabangsa.
Justeru, PERSATUAN CINTA GAZA MALAYSIA telah merangka satu kempen inisiatif berkala di bawah Projek EMERGENCY4GAZA iaitu KEMPEN DAPUR MALAYSIA di Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza. Kempen ini akan mula dilaksanakan dalam masa yang terdekat dengan kerjasama NGO-NGO Malaysia. WARGA CAKNA mengambil bahagian dalam berbahagi rezeki saham akhirat ini.
BAGAIMANA PERLAKSANAAN?
- Dapur Malaysia akan menyediakan makanan tengahari (panas) untuk komuniti di Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza yang berkapasiti padat sehingga melebihi 3000 orang. Mereka terdiri daripada barisan hadapan, unit kesihatan, kawalan, pesakit, penguasa tempatan, sukarelawan dan lain-lain.
- Melalui Dapur Malaysia, pihak CGM menyasarkan agihan makanan tengahari kepada 1000 (satu ribu) orang per hari dengan nilai RM10.00 (sepuluh ringgit) per satu hidangan dengan total perbelanjaan RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) sehari.
- Kempen ini dijalankan dengan kerjasama NGO-NGO Malaysia dengan berpandukan sistem giliran. Setiap NGO Malaysia dicadangkan menyediakan dana minimum sebanyak RM10,000.00 bagi satu giliran bagi menampung kos penyediaan makanan untuk satu hari.
Bayangkan kehidupan rakyat Gaza yang serba kekurangan dari sudut prasarana awam, akses kesihatan dan senantiasa diserang oleh Israel, bagaimana kehidupan mereka yang serba kesulitan itu.
Dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan, akan memberi satu semangat baharu bagi mereka untuk meneruskan kehidupan mencabar.
Atas dasar prihatin, Warga Cakna melancarkan Tabung Khas Kuarantin COVID-19 Gaza, bagi membantu mangsa COVID-19 Gaza bernafas lega demi kelangsungan hidup.
BERAPA DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK MISI KHAS INI?
Sasaran kami sebanyak RM10 RIBU berjaya dicapai sebelum Berakhirnya September 2020. Yang mana wang ini akan digunakan bagi menampung makanan kepada manga COVID-19 yang diarahkan kuarantin di Gaza. |
Namun, percayalah misi ini takkan berjaya!
.
Sekiranya kami tidak menerima bantuan dan sumbangan dari tuan-tuan. Sesungguhnya, mereka sangat berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan kepada mereka menghadapi situasi yang sedang terdesak ini.
.
Ayuh! sama-sama bantu mereka.
Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud:
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”
BAGAIMANA NAK HULURKAN BANTUAN?
.
Di bawah ini, ada beberapa pilihan pakej sumbangan. Anda boleh hulurkan ikut kemampuan.
- Pakej Golden Heart = RM500
- Pakej Bliss = RM300
- Pakej Joy = RM100
- Pakej Happiness = RM50
- Pakej Kindness = RM10
.
Sungguh, sumbangan anda amat bermakna buat mereka saat ini.
Kami doakan anda yang menyumbang ini dilipat gandakan rezeki dan dimudahkan segala urusan hidup. Amin.
KLIK BUTANG DONATE NOW!