Home Funds Gerobok Rezeki

Gerobok Rezeki

BANTUAN ASAS BUAT KELUARGA YANG MEMERLUKAN

Seperti yang kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara ini telah dilanjutkan sehingga Jun 2020. Keadaan ini menyukarkan bagi sesetengah rakyat yang terkesan dengan PKPB. Ada antara kita yang bertuah kerana mempunyai simpanan yang cukup. Namun pernahkah kita terfikir, apa nasib jiran-jiran kita yang bergaji harian atau peniaga kecil yang tidak lagi dibenarkan membuka gerai sepanjang tempoh ini. Pernahkan kita peduli? Cuba anda tonton video di atas, anda akan lihat betapa ramai asnaf dan mereka yang terjejas mengejut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiada lagi punca rezeki bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup

  • Pekerjaan terjejas mengurangkan sumber pendapatan ketua keluarga.
  • Tanggungan anak yang ramai dan masih belum bekerja.
  • Barang-barang keperluan yang terhad dan tidak mencukupi.

Cuba anda bayangkan keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana mereka khuatir bekalan makanan tidak cukup. Mereka ini sangat perlukan bantuan samada dari segi makanan mahupun kewangan. Insya Allah sepanjang PKPB dan seterusnya ini, kami akan teruskan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami faham, ramai rakyat Malaysia yang masih terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dana GEROBOK REZEKI DILANCARKAN

Kami menyasarkan untuk membantu lebih dari 500 keluarga yang kurang bernasib baik akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh wabak virus Covid-19. Bantuan ini kami akan sampaikan pada sepanjang PKP hingga berakhir.

Berapa Jumlah Dana & Bantuan Yang Disasarkan?

Setakat ini, kami sasarkan jumlah kutipan sebanyak RM 25 RIBU untuk membantu jiran-jiran kita ini. Dengan setiap RM50 dana terkumpul, anda semua mampu mengukir senyuman sebuah keluarga yang memerlukan. Barang keperluan harian yang akan disumbangkan adalah seperti berikut:

  1. Bakul makanan kering (Beras, Bihun, Tepung, Gula, Minyak Masak) – RM30
  2. Bakul Makanan Basah ( Daging / Ayam / Ikan / Sayuran ) – RM20

*Barangan bantuan yang diberikan mungkin akan berbeza mengikut keadaan stok semasa di pasaran. Ayuh sama-sama kita sharekan usaha murni ini kepada orang ramai untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan. Setiap sumbangan yang anda hulurkan dapat memberikan harapan kepada mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membantu mereka? Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki serta membalas sumbangan anda dengan kebaikan pahala di dunia dan di akhirat Insya Allah.


Bagaimana anda boleh membantu?

1. Untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan, kami telah susun mengikut pakej seperti di bawah: ✅ PAKEJ MUTIARA = RM300  ✅ PAKEJ EMAS = RM100  ✅ PAKEJ PERAK = RM50  PAKEJ SEIKHLAS HATI = SEIKHLAS HATI Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi untuk membantu mereka, semoga Allah membalas setiap sumbangan anda dengan nikmat yang lebih besar, Insya Allah.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank Nama : Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu No Akaun : 563037065007 #Tolong letakkan rujukan “Gerobok Rezeki” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana 2. Upload bukti sumbangan ke email wargacaknatrg@gmail.com ‍‍‍‍‍‍3. Isi butiran sumbangan di bawah yang diperlukan dengan lengkap. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang. Semoga Allah membalas dengan rezeki dan pahala yang berterusan, Insya Allah.

  •  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: Admin + 60196157606

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.


*Ruangan yang Wajib diisi
  • 1. BUTIRAN PEYUMBANG

  • 2. BUTIRAN SUMBANGAN

  • RM 0.00
  • 3. BUTIRAN CARA MENYUMBANG

  • Sila lakukan sumbangan ke akaun bank pilihan anda di bawah.

    Pastikan anda tulis rujukan / reference "Gerobok Rezekisemasa membuat bank transfer untuk memudahkan urusan
    • Anda mesti memasukkan email wargacaknatrg@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Pindahan Online Bank.
    • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
    Penama Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu
    No. Akaun MAYBANK ISLAMIK 563037065007
    Buka Maybank2u
  • Max. file size: 20 MB.
    Tekan butang di atas untuk pilih fail. Pilih fail berformat JPG, PNG, GIF, PDF sahaja. Pastikan saiz fail tidak melebihi 20000 KB.
  • 4. PENGESAHAN