Apa hukum anak-anak bawah umur menyertai ibadah korban
Apa hukum anak-anak bawah umur menyertai ibadah korban dengan duit raya yang dikumpulkan atau duit tabungannya sendiri?
✅ Jawapan
Kanak-kanak yang belum matang mempunyai hak pemilikan tetapi tidak mempunyai hak pengurusan.Mereka berhak menerima bahagian harta pusaka dan apa jua sumbangan , namun mereka tidak layak membelanjakan harta mereka kerana mereka tidak mampu membuat pertimbangan untung rugi. Oleh itu harta mereka wajib diurus oleh pihak lain. Setiap perbelanjaan yang boleh mengurangkan harta mereka adalah haram dilakukan walaupun di atas nama kebajikan menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
Kitab Tahrir al Fatawa karangan Abi Zur’ah al Iraqi menyatakan:
قال الماوردي: ولا يجوز لولي الطفل والمجنون أن يضحي عنهما من أموالهما
Imam Mawardi menyatakan tidak harus bagi wali kanak-kanak dan wali orang gila berkorban untuk keduanya dengan menggunakan harta kanak-kanak dan orang gila tersebut.