Posts

Dapur Kuarantin Mangsa COVID-19 Gaza dilancarkan

Warga Cakna mengambil tugasan bersama dengan Persatuan Cinta Gaza Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa COVID-19 di Bumi Gaza.

Menurut laporan, sehingga 8 September 2020 sebanyak lebih 581 kes positif dan 5 kematian telah dicatatkan di Gaza. Lebih 14 orang yang positif daripada mereka adalah dari kalangan paramedik.


Ribuan lagi termasuk frontliner terkandas di Pusat Kuarantin yang serba serbi kekurangan. Wabak dijangka merebak dengan cepat kerana peta interaksi pesakit sangat luas dan sukar
dikesan. Akibat daripada unjuran peningkatan kes yang mendadak dalam beberapa hari ini, Penguasa tempatan di Gaza terpaksa mengarahkan ‘Lockdown’ di beberapa kawasan utama
di bandar Gaza. Hal ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dalam kalangan penduduk Gaza. Ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada kerja seharian terjejas sumber pendapatan dan akan memerlukan bantuan makanan hasil sumbangan NGO antarabangsa.

Sehubungan dengan itu DANA KHAS dilancarkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Is that normal. If the pain is too acute and unbearable, I recommend consulting with your doctor. levitra malaysia Home pregnancy tests test positive when they detect this hormone.

About Us. viagra malaysia Community Programs.

Majlis Penyerahan TermoScan kepada Sekolah DAR

KUALA NERUS, Majlis penyerahan alat pengimbas suhu telah berjalan dengan jayanya. Pihak pengurusan sekolah-sekolah DARUL di Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Warga Cakna dan Iman Care kerana menyampaikan sumbangan tersebut.

Keperluan wujudnya pengimbas suhu (TermoScan) ini penting bagi sesi pembukaan sekolah-sekolah DAR dalam masa terdekat di musim wabak COVID-19 terus melanda negara.

Sebanyak 13 buah sekolah DAR di seluruh Terengganu akan diagihkan alat TermoScan tersebut bermula hari ini.

Symptoms depend on the area it affects. where to buy viagra in malaysia During the dormant phase, TB has no symptoms.

PELAJAR LUAR NEGARA TERKESAN DENGAN COVID-19

Banyak mesej saya terima dari adik-adik pelajar luar negara mengenai permasalahan mereka. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kedutaan dan pihak berwajib, kami cuba bantu sekadar mampu meringan beban yang ditanggung oleh pelajar.
.
Antara beberapa keluhan mereka:
.
“Kami mengalami masalah kewangan yang kritikal akibat penutupan semua sempadan (darat, air dan udara) serta perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sudan sejak bermula penularan wabak COVID-19 bulan Mac tahun ini.”
.
“Situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Sudan dengan purata jumlah kematian yang hampir mencecah 100 kematian amatlah merisaukan kami, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan serta hospital yang mencukupi adalah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan ketidak-pekaan rakyat Sudan diwaktu puncak penularan wabak Covid 19. Ramai yang masih didapati tidak peka dan tidak mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sudan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar peningkatan jangkitan yang begitu tinggi. Akibat dari ini, adalah menjadi amat sukar bagi kami para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan makanan.”
.
“Faktor kemerosotan ekonomi di Sudan dan peningkatan harga barang makanan yang meningkat secara mendadak, ditambah pula terdapat ramai rakyat di Sudan yang tidak dapat bekerja akibat terkesan dari perintah berkurung. Hospital-hospital telah pun berhenti beroperasi sejak penularan wabak COVID-19 di. Kes hanya diberikan keutamaan kepada penduduk tempatan.”
.
“Kami tidak dapat ke Airport Khartoum juga telah lockdown selama 2 bulan dan tiada pesawat komersial yang dibenarkan keluar masuk Sudan.”
.
Isu yang sama berlaku di Mesir. Terdapat pelajar yang tidak sempat pulang pada peringkat awal PKP di sana. Atas pelbagai kekangan terutama pergerakan dan kewangan, mereka cukup terkesan. Pelajar-pelajar diluar Kaherah seperti Zagazig, Mansourah, Alex dan beberapa negeri lagi makin teruk terkesan. Kebajikan mereka terabai kerana lockdown yang telah diadakan.
.
“Setakat ni, bantuan kewangan dan kebajikan yang sangat diperlukan. Terutama bagi pelajar sains kesihatan di luar kaherah. Kerana pelajar diluar kaherah ni, bantuannya agak susah nak sampai, dan pihak berwajib juga banyak terlepas pandang kebajikan pelajar luar kaherah.”
.
Justeru, Kami merasa terpanggil untuk membantu sekadar mampu bagi meringankan beban mereka.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
.
*MAYBANK : 563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Ref: #PelajarTerkandas

Cakna Mangsa COVID-19 Mindanao

Awal bulan April lalu, sahabat baik saya dari Mindanao hantar mesej wasap, “Salam, if you have means, we need badly relief assistance. Poor people can’t go for their daily needs like sidewalk vendors, etc, only food store now open here and pharmacies. Thanks.”

.

Sahabat saya Tony (Nama Filipina) adalah seorang muslim yang kuat beribadah. Beliau adalah wakil NGO rasmi Bangsamoro yang selalu hubungi saya untuk membuat program kemasyarakatan terutama program Qurban aqiqah yang diadakan setiap tahun. Saya tahu beliau jujur dan tidak pernah meminta-minta.

.

Tetapi dengan wabak COVID-19 yang berlaku seluruh dunia ini, kehidupan masyarakat Mindanao lebih lagi terkesan. Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bayangkan pada awal bulan April lalu sudah 111 kematian akibat COVID-19 seluruh Filipina. Hari ini sudah mencecah 7579 kes dan 501 kematian. Lebih membimbangkan lagi, pergerakan mereka amat terhad, sehinggakan Presiden Filipina memberi amaran akan menembak sesiapa sahaja yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan negara mereka.

.

Saya bersyukur dan terima kasih kepada individu yang sanggup memberi sumbangan zakat kepada masyarakat Mindanao. Sesungguhnya Allah menyayangi kita selagi kita melakukan kebajikan kepada makhluk lain. Berkat sungguh kehidupan beliau nanti. Doakan.

.

Kita pun sedar negara kita juga perlukan sumbangan dan bantuan, kerana masyarakat yang miskin ada di mana-mana, tetapi khusus beliau hulurkan duit ini untuk mereka yang berada di Selatan Filipina itu. Bertuah sungguh. Apa lagi? Saya terus transfer duit ke akaun sahabat Mindanao itu supaya diagihkan kepada individu yang amat memerlukan.

.

Hari ini terlaksana, mereka telah berjaya menerima sumbangan duit untuk menampung kehidupan yang serba mencabar.

.

Mesej beliau pagi ini: “We distributed it to the selected distressed mothers within Isabela City, and other areas in Basilan. On behalf of all recipients we extend our THANKS AND GRATITUDE to the leadership of Warga Cakna on their untiring and sincerest concerned of the lives of Bangsamoro people in Southern Philippines.”

.

Saya pulangkan balik terima kasih itu kepada anda semua. Warga Cakna hanya perantara bagi meneruskan kesinambungan ibadah sedekah di bulan yang mulia ini.

.

Suhazeli Abdullah

www.wargacakna.org

27.4.2020

Cakna Gaun COVID-19

“Bukan kata tak ada langsung PPE, tetapi tidak mencukupi dengan jumlah kegunaan musim #COVID19 ni.”

.

“Sementara tunggu bekalan dari atasan, kita usaha dahulu mana yang mampu.”

.

“Kain dah ada cuma jahit tu tak ada kemahiran, lagipun masa tak mengizinkan.”

.

“Ok tak apa, wargacakna.org ada sukarelawan dari kalangan Muslimat untuk bantu jahit menjahit. Jom kita bantu.”

.

Mari bersama-sama kami, Warga Cakna untuk membantu HERO MALAYSIA yang kekurangan gaun isolasi untuk berjuang. Salurkan sumbangan anda walau serendah RM10 untuk menjamin jambatan kebajikan yang berpanjangan. Sekaligus anda menjadi mata rantai kepada pejuang para front-liners kita.

.

Objektif kutipan dana:

✅ Bantu beli tambahan kain gaun yang masih belum mencukupi.

✅ Upah sekadar patut kepada tukang jahit. Walaupun mereka kata sukarela, tetapi wargacakna.org tak sampai hati kalau tidak beri langsung upah. Paling tidak Muslimat boleh beri beras sekilo dua untuk family masing-masing.

✅ Beli alatan jahitan lain seperti benang, getah dan jarum.

.

Isolation Gown PPESemoga setiap amal kebaikan kita sentiasa mengalir dan menjadi jambatan pahala kita untuk ke Syurga. Jom kita sama-sama cukupkan dana untuk membantu mereka.

.

www.wargacakna.org

.

#FightCovid19

MAYBANK ISLAMIC

No: 563037065007

Ref: #gaunPPE

(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

Derma online: https://www.billplz.com/caknagauncovid19

Sumbangan Barang Dapur

😭 Boleh kita bayangkan sendiri orang kampung yang sebelum ini hanya mata pencarian mereka adalah titik peluh bekerja sendiri seharian. Tetapi apabila diistiharkan PKP fasa 1, 2 dan 3, mereka jadi mati kutu. Tiada punca pendapatan. Kalau keluar cari makan, nasib tak baik masuk lokap.

.

✅ Justeru kami berusaha turun ke kampung bagi melihat dan menilai keperluan masyarakat. Jika dhaif dan memerlukan, kita hulurkan sedikit bantuan sekadar kemampuan. Kami tidak kuat, kami tidak besar tetapi yang penting adalah kerjasama semua pihak.

.

👍 Kami sebagai penghubung kepada masyarakat yang memerlukan.

✅ Anda pula adalah penyambung pahala dengan terus memberikan derma dan sokongan.

.

Terima kasih semua.

.

Semoga setiap amal kebaikan kita sentiasa mengalir dan menjadi jambatan pahala kita untuk ke Syurga. Jom kita sama-sama cukupkan dana untuk membantu mereka.

.

www.wargacakna.org

.

#FightCovid19

MAYBANK ISLAMIC

No: 563037065007

Ref: #gaunPPE

(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)

Online transfer: http://www.wargacakna.org/prihatin/

.

Atau https://www.billplz.com/wfnyywa12

Video sumbangan: https://www.youtube.com/watch?v=nDdgtobYYic&t=16s

Inilah Usaha Kerdil Warga Cakna

Ini kisah kita sebagai NGO berdepan dengan COVID-19.

.

Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP fasa 1), 18hb Mac kita cuba bertandang ke Bilik Gerakan COVID-19 Hospital untuk bertanya khabar. Sebagai rakyat yang prihatin, kita mendapat maklumat bahawa sejumlah tertentu pesakit kategori PUI dimasukkan ke wad. Berat tanggungan yang diterima oleh anggota kesihatan yang bertungkus lumus berada di barisan hadapan telah dikongsi oleh kami. Namun demi tugas, mereka teruskan perjuangan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

.

Terdapat kekangan utama para petugas, iaitu tidak sempat untuk keluar cari makanan pagi, tengahari dan malam mereka. Atas kesibukan menguruskan pesakit, terdapat petugas yang tidak dapat menjamah makanan langsung. Tetapi tidaklah sampai kebuluran seperti pelarian Kenya sebagaimana yang pernah kami lihat.

.

Makanan sajian dapur hospital? Ya ada disediakan, tetapi masih tidak mencukupi dek kerana jumlah petugas tambahan dari klinik-klinik kesihatan berubah-ubah. Menyebabkan penyediaan sajian dapur tidak sekata. Siapa cepat dia dapat.

.

Lalu kami mendepa tangan, beri peluang kepada masyarakat yang pernah ikuti perkembangan usaha kami. Kami berjanji kepada pihak pengurusan bilik gerakan untuk sama-sama menampung mana yang tidak cukup. Alhamdulillah surat rasmi kita hantar untuk memudahkan urusan penyediaan juadah makanan lebih lancar. Pihak hospital bersetuju.

.

Lantas kami all out adakan kempen maya seperti biasa. Jika rakyat Syria kesejukan dapat kita kumpul ratusan ribu ringgit, jika rakyat Gaza yang senantiasa di bom, kita bantu walaupun mereka jauh beribu batu, begitulah juga pelarian Sudan, Kenya, Somalia, Ethiopia di tengah benua Afrika sanggup kita hantar sekampit beras — Apa salahnya wira dan wirawati rakyat kita sendiri dihulurkan bantuan sekadar mampu?

.

Terkejut kami, tak sampai 24 jam #DanaPrihatin #Covid19 dilancarkan, sudah masuk ribuan ringgit. Terima kasih semua! Sememangnya rakyat Malaysia amat pemurah.

.

Apa lagi! Kita terus menyusun jadual untuk penyediaan sajian makanan melalui

🏩bilik gerakan COVID-19 Hospital,

🏪bilik gerakan COVID-19 pejabat kesihatan

🏫Klinik-klinik.

👮‍♀️Polis dan Tentera

.

❤️Matlamat kita adalah kebajikan mereka terjamin. Hasrat kita adalah mereka tidak perlu rungsing bab sajian makanan, kita akan bantu lengkapkan mana yang tidak mencukupi.

.

🧡Cita-cita utama kita adalah semua mengambil peranan dalam berlawan dengan virus #Covid19 yang digeruni itu.

.

💚Para petugas berdepan dengan pesakit, kita sebagai NGO dan sokongan masyarakat saling melengkapi.

.

👏Dalam tempoh berbaki sehingga 14.4.2020 nanti, sumbangan masih diteruskan. Derma dari tuan puan masih didambakan bagi meneruskan kelangsungan PKP fasa 2 dan seterusnya.

.

Setelah seminggu fasa kedua PKP, kita dapat rintihan dari penduduk ceruk kampung, mereka kehabisan bekalan makanan. Belanja seharian pun berkurangan. Sebelum ini kebanyakan mereka kais pagi makan pagi, apabila duit samas seriyal bawah bantal sudah habis, terkapai-kapai pula mendapatkan sesuap nasi. Setelah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Maidam, sumbangan kepada golongan yang terpinggir dari liputan kerajaan itu kita hulurkan. Sempat kita beli barangan harian dari Sabasun dan agihkan kepada penama yang telah kita senaraikan.

.

Alhamdulillah, Akhir-akhir ini kita melihat sudah ramai NGO yang juga membuka tabung dan terjun ke medan untuk membantu pihak kerajaan. Semuanya menjuruskan kepada satu objektif, bersama denyut nadi untuk menghapuskan COVID-19 di bumi Malaysia.

.

🙌Doakan pergerakan kami.

.

Dr Suhazeli Abdullah

Pengerusi

Warga Cakna

www.wargacakna.org

Fb.com/wargacakna.org

https://www.youtube.com/watch?v=mUQLiCKWyVA&feature=share

Dana Prihatin COVID-19

Sumbangan Dana Prihatin COVID-19

Dana Prihatin COVID-19Wabak COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia. Atas dasar keprihatinan, Warga Cakna melancarkan dana Prihatin kepada anggota kesihatan yang terlibat sebagai benteng utama mengendalikan kes COVID-19.

Objektif utama dana prihatin ini adalah:

  1. Bantuan segera kepada Anggota Kesihatan yang berada di barisan hadapan.
  2. Mengurangkan bebanan mereka dan ahli keluarga yang terlibat secara tidak langsung.
Orang ramai boleh turut menyumbang kepada:
*MAYBANK*
*563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Ref: #covid19
Sumbangan boleh juga secara online di: https://www.billplz.com/wfnyywa12