ACEH MENANGIS
Aceh sedang berada dalam duka paling besar. Hujan berhari-hari berubah menjadi banjir bandang yang menyapu kampung-kampung hingga empat daripadanya hilang sepenuhnya dari peta. Rumah terseret arus, tanah runtuh, jalan putus, dan ribuan keluarga kini kehilangan tempat berteduh.
Di Aceh Utara dan Bireuen, keadaan sangat parah. Kampung tenggelam dalam lumpur, bangunan roboh, dan ramai masih belum ditemui. Pasukan penyelamat bekerja siang malam, namun banyak kawasan terputus dan belum menerima bantuan.
Saudara, ini bukan sekadar berita.
Ini rumah, tanah, dan kehidupan saudara kita.
Mereka hilang segalanya dalam satu malam.
Kami merayu, hulurkanlah bantuan.
Sedikit daripada kita boleh menjadi harapan besar bagi mereka yang kini tinggal sehelai sepinggang.
Setiap sumbangan adalah sinar baru untuk Aceh bangkit semula.
Bantulah sekarang. kerana harapan mereka bergantung pada kita.
__________
Dana BENCANA : https://wargacakna.org/funds/dana-banjir/
.
Layari kami di :
Website : http://www.wargacakna.org/
Facebook : https://www.facebook.com/wargacakna.org
Instagram : https://www.instagram.com/wargacakna/






