Mungkin anda pun tidak pernah dengar nama sebuah negara Islam yang terletak di Afrika, bernama Mauritania? Sebuah negara di benua Afrika di mana hampir 100% penduduknya adalah beragama Islam. Mereka adalah saudara seakidah kita, sebuah bangsa huffaz yang sangat mencintai Al-Quran.
Namun di sebalik keteguhan iman mereka, bumi Mauritania amat gersang. Hanya 0.4% sahaja tanah yang boleh bercucuk tanam. Negara ini terus dibelenggu kemiskinan tegar, kemarau panjang, dan krisis sekuriti makanan yang amat kritikal. Malah, lebih 612,000 penduduknya kini berada dalam risiko krisis makanan.
Dalam serba kekurangan itu, mereka sangat mendambakan sebuah tempat sujud yang sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta bekalan makanan untuk terus bertahan hidup.
WARGA CAKNA MENJEMPUT ANDA UNTUK TERUS BERBAKTI DAN MENANAM SAHAM AKHIRAT

Alhamdulillah, pembinaan Masjid di Mauritania telah pun bermula sejak 15 Jun 2026! Ini adalah peluang keemasan untuk kita berkongsi rezeki dan mengejar pahala Sedekah Jariah yang tidak akan putus ganjaran pahalanya.

Bukan sekadar menginfak batu bata untuk masjid, kempen ini juga merupakan Program Berkembar yang merangkumi:
๐ฆ Food Pack โ Mengisi perut-perut saudara seakidah kita yang kelaparan.
๐ Waqaf Al-Qur’an โ Menyuburkan tradisi keilmuan anak-anak huffaz di sana.
JOM BANTU SAUDARA SEAKIDAH KITA SEKARANG!
Salurkan infaq terbaik anda terus ke akaun rasmi:Bank: Maybank IslamikNama Akaun: Persatuan Prihatin Warga Terpinggir TerengganuNo. Akaun: 563037065007Hubungi: +6019-615 7606 |
Layari: https://wargacakna.org/dana-mauritania/







