18 DIS 2025: Basilan, Mindanao – Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua delegasi yang telah menjayakan Program Reach Basilan: Community Aid Program yang berlangsung pada 12 hingga 17 Disember 2025. Komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan amat bermakna serta memberi impak besar kepada masyarakat setempat.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada CDC Technologies Sdn Bhd, T-Amo, Warga Cakna, Papisma, Medicom dan semua yang terlibat. Terima kasih juga kepada semua penyumbang, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, yang bersama-sama memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.
Ucapan terima kasih turut diberikan kepada rakan strategik di Mindanao iaitu Makanak Bangsamoro, I Am Mujiv, serta Gabenor Basilan dan Mayor Isabella dan Lamitan. Kerjasama erat semua pihak telah menjadikan program sukarelawan ini lebih tersusun, berkesan dan bermakna.
Penghargaan khas buat pasukan kebajikan dan pasukan chef yang diketuai oleh Hj Kasmadi, Ustaz Hassan dan Sdr Wan Mohd Shah. Kesanggupan secara ad-hoc menjaga keperluan dapur serta berkhidmat dalam bahang panas di Maโahad Geras Grand Mosque amat saya hargai.
Amat tidak dilupakan pasukan perubatan, pasukan khatan dan pasukan pergigian yang telah menyantuni para pesakit dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Khidmat bakti kita semua mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi.
Akhir kata, saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang. Semoga kerjasama yang terjalin menjadi asbab kebaikan berpanjangan untuk semua.
Dr Suhazeli Abdullah
Penasihat Program






