Qurban Somalia
Aktiviti Warga CaknaCakna Qurban di Garissa, Sudan, Mindanao dan Malaysia

Cakna Qurban di Garissa, Sudan, Mindanao dan Malaysia

“Kami tak bersepatu sekejap aje, sampai kedai nanti belilah baru. Tapi mereka, mungkin selamanya tidak beralas kaki…”

Sayu dan meruntum jiwa. Itulah coretan hati para sukarelawan Warga Cakna sepanjang menyempurnakan misi kemanusiaan dan ibadah qurban di pedalaman Garissa, Kenya baru-baru ini. Melihat anak-anak kecil berjalan di atas tanah gersang tanpa alas kaki benar-benar menjentik tangkai hati kami.

Alhamdulillah, atas ihsan rakyat Malaysia, misi kali ini bukan sahaja membawa bekalan makanan, malah membawa sinar harapan buat mereka.

๐Ÿ“ŒPencapaian & Agihan Misi Qurban
Melalui amanah para pengurban dari tanah air, ratusan ekor haiwan qurban telah berjaya ditumbangkan dan diagihkan kepada penduduk di khemah pelarian serta perkampungan miskin:

  • Lembu: 101 Ekor ๐Ÿ‚
  • Kambing:151 Ekor ๐Ÿ
  • Unta: 4 Ekor ๐Ÿช

Info Unik: Di sini, tiada bekalan elektrik atau peti sejuk. Oleh itu, penduduk tempatan menggunakan kaedah tradisional iaitu ‘Meron’ (menjemur daging di bawah terik matahari sehingga kering) supaya bekalan daging ini bertahan sehingga berbulan-bulan lamanya.


๐Ÿ“Œ Bantuan Sampingan & Pendidikan

Bagi melengkapkan misi, Warga Cakna turut menyerahkan bantuan keperluan asas demi kelangsungan hidup mereka:

๐Ÿ“ฆ 200 Bakul Makanan: Diserahkan khusus buat golongan fakir miskin dan asnaf di kem pelarian.

๐Ÿ“– 1,500 Naskah Wakaf Al-Quran: Disumbangkan kepada madrasah tempatan bagi menggantikan naskah lama yang uzur demi pendidikan Islam anak-anak di sana.

๐Ÿ’– Terima Kasih Rakyat Malaysia!
Sumbangan anda bukan sekadar mengisi perut yang lapar, tetapi mengubat jiwa yang lara dan memberi mesej kepada saudara kita di Garissa bahawa mereka tidak pernah dilupakan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada “pengorbanan sebenar” ini.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin. YRA. ๐Ÿคฒ

#WargaCakna #MisiKemanusiaan #QurbanGarissa #BantuAsnaf #WakafAlQuran #ErtiPengorbanan #TerimaKasihPenyumbang #Qurban

Previous article
- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Cakna Qurban -spot_img