HARAPAN UNTUK ACEH
MISI BANTUAN PERUBATAN TAMIANG
Bencana banjir yang melanda Tamiang, Aceh telah memberi kesan besar terhadap kehidupan penduduk setempat, khususnya dari sudut kesihatan dan kesejahteraan. Sejak 26 November lalu, ramai mangsa terpaksa berlindung di dewan dan kemah pengungsian dalam keadaan serba kekurangan, dengan beberapa desa terputus akses sepenuhnya serta krisis air bersih yang meningkatkan risiko penyakit pasca-banjir.
Keadaan di posko bencana turut berdepan kekangan bekalan makanan dan gas memasak, memaksa sukarelawan menggunakan dapur kayu untuk menyediakan makanan kepada ratusan mangsa. Menurut data Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) setakat 15 Disember, bencana ini telah mengakibatkan kerosakan besar melibatkan ratusan ribu rumah, rumah ibadat, fasiliti awam, kemudahan kesihatan, pendidikan dan jambatan, sekali gus mencerminkan skala kemusnahan yang masih memerlukan perhatian berterusan.Sehubungan itu, Warga Cakna bersama rakan kolaborasi, PAPISMA dan Sejagat Relief akan melaksanakan Misi Bantuan Perubatan Mangsa Banjir Tamiang, Aceh pada 15 hingga 18 Januari 2026. Misi ini bertujuan membantu mangsa melalui pemeriksaan kesihatan, rawatan perubatan, rawatan luka, rawatan pergigian serta sokongan psikologi, khususnya kepada golongan yang paling terjejas.
Setiap sumbangan yang dihulurkan amat bermakna bagi memastikan bantuan perubatan dapat disampaikan kepada mereka yang amat memerlukan pada saat ini.
Layari kami di:






