25 DIS 2025 – Kampung Kemat, Kuala Berang, Terengganu. Wakil Warga Cakna menziarahi mangsa rumah yang baharu sahaja mengalami kebakaran rumah. En Mat Haizan bin Mat Yasin, dari Kg Kemat, tinggal berseorangan. Bekerja sebagai buruh kampung. Punca kebakaran adalah dari lintar pintas. Kebakaran berlaku pada 21 Disember 2025. Seluruh rumahnya hangus dijilat api tanpa dapat menyelamatkan harta benda.
Sedikit sumbangan dari Tabung Bencana telah diberikan kepada beliau sebagai menampung kehidupan yang menumpang di rumah saudara mara. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan melalui Warga Cakna.
Semoga En Mat Haizan bertabah dengan dugaan yang menimpa di saat menyambut tahun baharu.






