Agihan Air Bersih di Gaza, Palestin | 24 April 2025 [Khamis]
Satu program kemanusiaan telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara Warga Cakna dan Dignity for Palestinians Campaign melalui inisiatif “Agihan Air Minuman Bersih” kepada penduduk Gaza yang terkesan akibat krisis kemanusiaan berpanjangan.
Melalui program ini, ratusan keluarga menerima bantuan bekalan air bersih yang amat diperlukan. Menerusi gambar yang dirakam, kelihatan penduduk termasuk kanak-kanak dan orang dewasa beratur panjang sambil membawa bekas air, menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air daripada lori tangki yang disediakan.
Seorang kanak-kanak kelihatan memegang plakad bertulis “Malaysia Aid 4 Palestine – Warga Cakna – Thank You – 24/04/2025”, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dengan penderitaan saudara seakidah mereka di bumi Palestin.
Warga Cakna selaku penaja utama inisiatif ini, komited untuk terus menyokong usaha murni dalam membantu rakyat Palestin, khususnya dalam penyediaan keperluan asas seperti air bersih, makanan dan penjagaan kesihatan.
Sehubungan itu, Warga Cakna merayu kepada orang ramai untuk terus menyumbang dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda mampu membawa sinar harapan kepada mereka yang diuji. Setiap ringgit yang anda hulurkan akan disalurkan terus untuk menyediakan keperluan asas seperti air minuman, makanan dan rawatan perubatan kepada mereka yang amat memerlukannya.
Salurkan sumbangan anda ke:
Nama Akaun: WARGA CAKNA
No. Akaun: 563037065007
Bank: Maybank
Rujukan: Bantuan Gaza
Bersama kita hulurkan tangan, ringankan beban mereka. Semoga sumbangan kita menjadi saham akhirat yang berkekalan.
#cintasaudara
#malaysiapalestin






