Allah sedang menghantar tanda demi tanda kepada kita semua, menunjukkan betapa jauh kita telah tersungkur: betapa terhinanya kita, betapa lemahnya kita, betapa sengsaranya kita, betapa tidak relevannya kita.
Namun, kita masih belum tersedar! Atau kita sedar, cuma kita tidak mampu untuk buat apa-apa, di atas kelemahan Iman setiap kita!
Hari ini, terdapat hampir 2 bilion umat Islam di seluruh dunia. Dua bilion! namun, tidak ada satu pun tindakan yang benar-benar bermakna diambil untuk membantu, menyokong, mempertahankan, atau sekurang-kurangnya berdiri bersama saudara-saudara kita di G.
Kita sedang hidup dalam sabda Rasulullah ﷺ sendiri. Dalam hadith sahih, baginda bersabda:
“Akan datang satu masa di mana umat-umat lain akan mengerumuni kamu seperti orang yang makan mengerumuni hidangan mereka.”Para sahabat bertanya, “Adakah ketika itu bilangan kami sedikit, wahai Rasulullah?”Baginda menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai, tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan akan menanamkan penyakit ‘wahn’ ke dalam hati kamu.”Mereka bertanya, “Apakah ‘wahn’ itu, wahai Rasulullah?”Baginda bersabda: “Cinta dunia dan takut mati.”
Kalam Nubuwwah itu kini menjadi nyata:
👨👨👧👦 kita ramai, tetapi kosong.
📝 Kita tidak terkira, tetapi tidak berguna.
🤷 Umat Islam tidak melakukan apa-apa
Sementara G dibantai, rakyatnya dibakar hidup-hidup, dihimpit runtuhan, dan dihapuskan dari kewujudan. Penghapusan etnik dan agama setiap saat berdetik. Mereka dijemput syahid.
G telah berada di bawah perang genosid yang kejam selama 21 bulan, namun ia masih bertahan, masih melawan, masih berdiri.
Dan kita? Apa yang telah kita lakukan?
Kita berkata:
🔴 kita takut dibalas,
🔴 kita takut kehancuran,
🔴 kita takut apa yang akan dilakukan oleh Zeroil.
Namun apa usaha kita telah kita lakukan setakat ini? Doa, derma dan boikot? Atau hanya berpeluk tubuh? Menunggu mati juga menjemput kita?
Salah satu tanda yang Allah tunjukkan ialah apabila kaum Druze, minoriti kecil menyeberangi sempadan antara Zeroil dan Syria untuk menyelamatkan kaum mereka. Mereka menyeberang garisan, mencabar tentera Zio, dan mempertaruhkan segalanya, demi saudara mereka. Dan kita? Kita 2 bilion, tetapi tidak menyeberangi walau satu sekatan pun, tidak mengangkat walau satu jari pun.
Maka Allah mengutuskan satu lagi tanda:
Pengeboman sebuah gereja Katolik di G oleh tentera Zeroil. Tiga saudara Kristian kita terbunuh.
Apa yang berlaku selepas itu?
Komuniti Kristian di seluruh dunia bangkit, mengutuk, mengeluarkan kenyataan, dan mengatur bantuan. Mereka menghantar konvoi makanan, air, dan bekalan ke G untuk membantu saudara Kristian mereka.
Dan kita? umat Islam? Dengan lebih 57,000 yang telah syahid, lebih 100,000 yang cedera, berjuta-juta menjadi pelarian, dan G yang sedang kelaparan, kita belum menghantar walau seketul roti, sebutir gandum, setitik air pun.
Apa lagi yang mesti berlaku untuk kita mula bertindak?
Adakah kita sedang menunggu hari di mana Salib diangkat di tangan kita, dan kita terpaksa merayu kepada orang Kristian untuk menyelamatkan anak-anak kita?
Adakah kita telah menjadi begitu alpa hingga rintihan orang yang dizalimi tidak bermakna melainkan mereka membawa panji atau agama yang lain?
Di manakah umat La ilaha illa Allah?
Di manakah umat Muhammad ﷺ?
Ini adalah seruan kepada setiap Muslim. Samada ulama, pemimpin, aktivis, atau rakyat biasa:
❓Kamu akan dipersoal oleh Allah.
🤐 Kamu akan ditanya atas kesenyapan kamu.
🤷 Kamu akan ditanya atas alasan-alasan kamu.
Dan darah anak-anak G akan menjadi saksi terhadap kamu di Hari Pembalasan.
____
Emergency for Gaza
Sumbangan Ikhlas untuk penduduk Gaza yang berpuluh tahun dinafikan hak kemanusiaan.






