Qurban Somalia
Aktiviti Warga CaknaHukum Qurban Lembu Ada Tatoo

Hukum Qurban Lembu Ada Tatoo

Kebanyakan lembu yang kami tempah di negara Sudan, Kenya, Somalia, Uganda dan lain-lain mempunyai tanda yang dilakukan oleh pemilik lembu tersebut. Tujuan ini adalah untuk pengecaman. Biasanya mereka menggunakan besi panas untuk ditekapkan ke atas badan lembu tersebut menyebabkan kesan celoreng seperti tatoo terbentuk.

Adakah melaksanakan qurban bagi lembu tersebut sah dari sudut syarak? Haiwan yang ditatoo oleh pemiliknya sah dijadikan qurban. Walaupun tatoo yang bersifat kekal itu mungkin menjejaskan sedikit keindahan haiwan, ia tidak membatalkan ibadah qurban selagi mana proses menatoo itu tidak mendatangkan kecederaan kekal, mengganggu struktur tubuh, atau memudaratkan kesihatan haiwan tersebut.

Banyak lagi isu yang berkaitan dengan fiqh qurban telah kami muatkan dalam satu buku e-book. Untuk dapatkan buku tersebut boleh menyertai program qurban bersama kami pada tahun ini.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Cakna Qurban -spot_img