Qurban Somalia
Aktiviti Warga CaknaWaqaf al Qur'an di Somaliland

Waqaf al Qur’an di Somaliland

Program terakhir di Somaliland adalah agihan Al-Quran. Kita telah membuat tiga tempat agihan Al-Quran.
 
Sumbangan pertama iaitu ke penduduk kampung dalam perjalanan ke Las Geel.
 
Sumbangan kedua, kepada staf-staf di pusat bersejarah Las Geel. Untuk maklumat, pusat bersejarah Las Geel ini adalah monumental penting Somaliland, yang menempatkan sejarah penduduk asal Somaliland. Menurut sejarah penduduk primitif sudah pun bertapak di situ sejak tujuh kurun yang lalu.
 
Sumbangan ketiga dihantar kepada sebuah pusat pengajian al Quran. agihan juga disampaikan kepada beberapa penduduk kampung yang berada di sekitar itu.
 
Selebihnya naskah al-Quran yang telah dibelikan oleh rakan NGO Al Hikma Foundation, akan disampaikan kepada beberapa tempat lain lagi seperti di masjid dan juga pusat-pusat pengajian Al-Quran.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sumbangan wakaf al Quran melalui Warga Cakna.
- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img