Sumbangan Dana Sambutan Hari Raya khusus untuk anak-anak pelatih kelainan upaya di PDK Kuala Berang. Serahan tunai kepada Puan Juana, wakil ibu bapa pelatih. Majlis Sambutan Hari Raya bakal diadakan pada 25 April 2024 akan meraikan seramai 50 orang, pelbagai kategori OKU, yang bertempat di Bangunan OKB Sungai Petai Kuala Berang bermula jam 10.00 pagi.
Hasil temubual tersebut, kami dimaklumkan bahawa PDK ini mengalami kekangan kewangan untuk terutama perbelanjaan mengurus. Sewa premis sebelum ini telah pun dinaikkan harga oleh tuan rumah memaksa pihak pengurusan berpindah ke premis sekarang yakni Bangunan OKB Sungai Petai. Hari ini, dana telah diserahkan oleh wakil NGO WARGACAKNA kepada mereka. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan pelatih OKU ini.