AKTIVITI TERKINI WARGA CAKNA

BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK DILANCARKAN

Masuk tahun ke 5 Warga Cakna menjadi perantara menyantun pelarian Syria di sempadan negara seperti Jordan dan Turki. Suasana mereka sukar dibayangkan kerana keadaan politik setempat yang tidak stabil.

Misi kali ini ke sempadan Lubnan-Syria untuk bantuan musim sejuk.

TARIKH MISI: 17-19 DISEMBER 2023

BENTUK BANTUAN: Pakaian, makanan dan keperluan barang harian di musim sejuk.

Maklumat lanjut: Klik link berikut


MISI KEMANUSIAAN KEMISKINAN KARAMOJA UGANDA

Di antara penduduk Karamoja, Uganda, terdapat juga pelarian dari negara-negara jiran seperti Sudan Selatan, Republik Demokratik Congo dan Somalia, yang melarikan diri dari konflik, keganasan dan penganiayaan. Uganda adalah tuan rumah kepada lebih 1.4 juta pelarian, menjadikannya salah satu negara dengan populasi pelarian terbesar di dunia. Sebahagian besar pelarian ini tinggal di khemah-khemah pelarian yang sesak, tidak selamat dan tidak mencukupi segala keperluan asas kehidupan.

 

TARIKH MISI: 20-22 DISEMBER 2023

BENTUK BANTUAN: Pakaian, makanan dan keperluan barang harian, Bina Telaga Tiub dan program Aqiqah

Maklumat lanjut: Klik link berikut


AKTIVITI LAIN YANG SEDANG DILAKSANAKAN


Serahan dana Palestin kepada Aid4Palestine di Cyberjaya. Baca lagi…

 


Serahan bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat. Persiapan telah dijalankan denganmembuat kumpulan stok barangan yang biasa diperlukan olrh mangsa-mangsa banjir. Baca Lagi


Masjid Al Rahma Aragadud siap dibina. Masjid ini adalah hasil sumbangan rakayat Malaysia dan UK. Inilah Masjid pertama di bina dengan bangunan lebih kukuh dan selesa di Garissa, Kenya. Baca lagi…


Che Na seorang ibu tunggal yang memelihara beberapa orang anak yang sedang membesar. Warga Cakna pernah membuat kutipan dana satu ketika dahulu kerana beliau memerlukan sebuah rumah dan sebidang tanah untuk kehidupan lebih sempurna bersama anaknya. Alhamdulillah beliau sudah pun mendirikan sebuah rumah atas tanah sendiri melalui bantuan kita semua.
Baca lagi…


Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu
B17, Tingkat Atas Bangunan Kedai Taman Kirana,
Batu 22, 21700 Kuala Berang
Terengganu.

No Telefon: +6019-6157606

Email: wargacaknatrg@gmail.com

WhatsApp saya
1
Persoalan dari saya
Salam, Boleh saya bantu?