Alhamdulillah masjid hasil sumbangan orang ramai melalui Warga Cakna telah pun siap dibina di Aragadud, Garissa, Kenya.
Binaan masjid ini dibuat terus oleh penduduk di sana dalam tempoh 4 bulan.

Mr Waidu memohon keizinan untuk menamakan masjid itu sebagai nama bondanya iaitu Rahma lalu terbangunlah sebuah masjid yang tersergam indah: Masjid Al-Rahma. Ia dibuat bersebelahan dengan tapak asal masjid yang sebelum ini hanya dibina berdindingkan ranting kayu yang beratapkan zink sahaja.
Terima kasih kepada semua penyumbang dari Malaysia dan penyumbang dari UK kerana berjaya membina sebuah masjid yang insya-Allah akan menjadi saksi kita di akhirat nanti.
