Qurban Somalia
Aktiviti Warga CaknaQurban 2025 Berjaya dilaksanakan

Qurban 2025 Berjaya dilaksanakan

Borama, Somaliland – 7 Jun 2025 – Sebanyak 120 ekor lembu, 136 ekor kambing, dan 3 ekor unta berjaya disembelih dalam tempoh dua hari (Jumaat dan Sabtu) di Borama, Somaliland. Program qurban ini dilaksanakan hasil kerjasama antara PASRelief, Warga Cakna, dan MedicAid.

Jumlah sembelihan qurban keseluruhan mencapai 240 ekor lembu, 193 ekor kambing, dan 6 ekor unta, menandakan kejayaan besar dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Antara yang turut hadir dalam program ini adalah Dato’ Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Dato’ Ustaz Ariffin Deraman, dan Dato’ Hanafiah Mat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif kemanusiaan ini.

Program kali ini mempunyai tiga fokus utama, iaitu pemberian Foodpack, qurban & aqiqah, serta pengagihan wakaf Al-Qur’an yang disumbangkan oleh para penyumbang melalui Warga Cakna.

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial Warga Cakna melalui pautan berikut:

Warga Cakna Facebook

Sekian Https://www.facebook.com/wargacakna.org

Previous article
Next article
- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img