Home Aktiviti Warga Cakna Sumbangan Kebajikan Kemalangan

Sumbangan Kebajikan Kemalangan

133
0
Sumbangan Dana Kebajikan untuk Individu yang Miskin

KUALA BERANG, 22 Mei 2019: Sumbangan untuk golongan miskin yang ditimpa musibah. Dua orang penerima bantuan telah diserahka, Puan Pah amat memerlukan keewangan kerana anak beliau kemalangan jalanraya dan mengalami kecederaan kaki. Walaupun beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, namun duit gaji tidak mengcukupi untuk menyara hidup sekeluarga terutama apabila menjelang hari lebaran nanti. Anak beliau yang kemalangan juda sedang sakit terlantar di rumah dan ukar untuk menampung kehidupan kerana pergerakan mencari rezeki terhad.

Penerima kedua adalah Puan Mah yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang sama. Beliau tiada tempat tinggal yang tetap kerana masalah keluarga. Hanya dapat menyara kehidupan sendiri, itupun tidak mengcukupi.

Sumbangan ini adalah hasil dari pengumpulan duit orang ramai dan Warga Cakna turun menyampaikan amanah yang diberikan itu.

Turut serta dalam majlis penyerahan adalah Pengerusi Warga Cakna, Dr Suhazeli Abdullah, Timbalan Pengerusi, Ustaz Muhammad Hagia Sofia dan Bendahari Warga Cakna, Sdr Kasmadi Ibrahim.

Warga Cakna masih membuka peluang kepada orang ramai untuk turut menyumbang dalam dana kebajikan fakir miskin ini.

Akaun Persatuan Prihatin Warga Terpinggir Terengganu

Sumbangan ke akaun seperti tertera.👇🏼

PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU (WARGA CAKNA)
MAYBANK ISLAMIC: 563037065007
Previous articleSumbangan Zakat dan Duit Raya
Next articleSumbangan Zakat kepada Guru PASTI