Home Aktiviti Warga Cakna Sumbangan Dana Kebakaran

Sumbangan Dana Kebakaran

123
0

Kg Butut, Kuala Berang; 4 Jun 2019: Hasil dari sumbangan orang ramai yang disalurkan untuk membantu Tuan Haji Abdul Maaf, Imam Masjid Kg Butut, Warga Cakna telah menyerahkan sejumlah wang tersebut.

Serahan pertama, dilakukan sendiri oleh Dr Suhazeli Abdullah di rumah penginapan sementara Hj Mana pada 4 Jun lalu. Kutipan segera kurang dari sehari kebakaran berlaku berjaya mengutip hampir RM2000.

Turut hadir di majlis yang sama adalah Ustaz Ala-uddin Othman, Pengerusi Masjid Kg Butut. Pihak masjid juga telah berjaya mengutip derma bagi meringankan bebanan Hj Manaf dan keluarga. Total sumbangan mencecah RM10,000 setakat ini. InshaAllah sumbangan secara peribadi juga diperolehi dari masyarakat setempat.

Manakala Ustaz Hassan Harum, AJK Warga Cakna juga menjalankan kutipan dana. Sejumlah wang sudah pun disempurnakan penyerahannya kepada Imam pada 6 Jun lalu.

Tabung sumbangan masjid masih dibuka untuk orang ramai terus memberikan jariah mereka.

Previous articleDana Pembangunan PASTI Lubuk Pait
Next articleKrisis Politik di Sudan