Kami membuka projek infak Ramadan pada tahun ini bertujuan bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur khusus kepada ahli kariah yang tidak berkemampuan. Team Relawan Cakna akan bersedia menyampaikan kepada mereka yang memerlukan terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan.
.
Biasanya pada tahun-tahun sebelum ini, para penderma akan sponsor makanan berbuka atau bersahur melalui masjid atau surau. Namun di musim wabak COVID-19, masjid dan surau diperintahkan tutup. Jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan sama sekali kerana berkumpul ramai boleh berpotensi rantaian wabak akan tercetus.
.
Oleh itu Warga Cakna membuka peluang keapda para penderma budiman sekelian untuk terus meningkatkan ibadah kebajikan pada tahun ini dengan sponsor secara maya. Kita pu nsemua tahu bahawa besar ganjarannya yang akan kita perolehi apabila menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain.
.
Kaedahnya bagaimana? Mudah sahaja.
.
-
Daftar nama anda dalam borang ringkas yang disediakan ini: https://www.billplz.com/caknaramadan. Pembayaran terus juga boleh dibuat secara dalam talian seperti yang dinyatakan dalam borang berkenaan.
-
Maklumat yang kami perolehi akan dilaksanakan melalui pemabhagian segera atau penyediaan juadah berbuka mahupun bersahur di lokasi yang telah dikenalpasti.
-
Segala perkembangan sponsor ini akan dimasukkan dalam laman rasmi www.wargacakna.org atau fb.com/wargacakna.org
.
Semoga segala sumbangan dan bantuan yang diberikan akan menjadi satu amal jariah yang berpanjangan di Akhirat nanti.
.
Sekian
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi
.
MAYBANK ISLAMIC | No: 563037065007
Ref: #CaknaRamadan
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)