Home Aktiviti Warga Cakna Program Kebajikan dan Dakwah di Tawau & Semporna

Program Kebajikan dan Dakwah di Tawau & Semporna

148
0

5 – 6 Mac 2020, program kebajikan dan dakwah telah berjaya dilaksanakan di Tawau dan Semporna Sabah. Program julung kali ini diadakan bagi memenuhi beberapa objektif:

  1. Melatih peserta menanam sifat sabar dalam melakukan kerja kebajikan dan dakwah.
  2. Membantu masyarakat yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
  3. Menerapkan nilai Islam (Islamic Value) dalam kebajikan dan sukarelawan.
  4. Memberi peluang kepada golongan yang berada mendapatkan pahala akhirat dengan memberi sumbangan kewangan.

Terima kasih kepada para penyumbang tenaga dan kewangan bagi menjayakan program ini.

Lima aktivit telah dijalankan

  1. Sumbangan khidmat khatan secara percuma kepada penduduk yang dhaif di kedua-dua kawasan berkenaan.

2. Sumbangan menaik-taraf surau di Tawau

 

3. Sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tawau.

4. Menyantuni kaum Bajau Laut di Pulau Sibuan Semporna

5. Sumbangan kepada pembangunan Sekolah Agama Rakyat Al Falah

Sekali lagi pihak Warga Cakna mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Previous articleDana Kebajikan dan Dakwah di Lancarkan
Next articleNiat Qurban atas si Mati / Arwah