Warga Cakna membuka peluang kepada semua masyarakat yang beragama Islam untyuk turut serta dalam program Qurban pada tahun ini. Tempahan telah dibuka dengan harga promosi khas sempena bulan Ramadan al Mubarak tahun ini.
Lokasi utama qurban bersama Warga Cakna pada tahun ini adalah di Mbale Uganda.
Harga promosi khas ini sebanyak RM290 dibuka sehingga 27 Ramadan (7 April 2024) sahaja. Promosi ini dibuka kerana Warga Cakna akan membuat tempahan awal, harganya berpatutan dan murah. Selepas Ramadan dan menjelang Aidul Adha nanti harga biasanya meningkat RM380.
Justeru, sekali lagi Warga Cakna menyeru kepada seluruh umat Islam yang berniat untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini untuk menempahnya sekarang. Sila klik kepautan berikut untuk membuat tempahan dan bayaran secara online: Borang Permohonan Qurban 2024.