spot_img
TerkiniCakna Qurban Berbakti Melaksanakan Amanah

Cakna Qurban Berbakti Melaksanakan Amanah

Tahun ni sudah masuk tahun yang ke-16 saya menjadi wakil untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara. Tak pernah lagi timbul isu, kami yang melaksanakan korban luar negara ini sebagai scammer. Kerana pelaksanaannya cukup telus, sijil penyertaan dikeluarkan dan laporan aktiviti pun dihantar kepada setiap peserta.

Tapi sejak kebelakangan ini apabila berlaku kepada isu Aman Palestin yang masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, masyarakat mula sangsi, adakah NGO yang melaksanakan korbaan luar negara itu adalah scammer? Kami tidak dapat menafikan kebimbangan dan kesangsian itu kerana ianya adalah lumrah manusia apabila tercetusnya sesuatu isu.

Namun adalah ditegaskan di sini bahawa kami bukan scammer untuk mengutip duit tetapi tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Anda boleh lihat laporan yang telah pun dipaparkan dalam website rasmi www.wargacakna.org. Setakat ini ianya berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah. Doakan supaya kami dapat melaksanakan amanah dengan sesempurna mungkin.

Program-program yang dilaksanakan saban tahun ini kami menyasarkan ke negara-negara dhaif, miskin serta bergolok dari sudut politik, seperti di Sudan, Kenya, Mindanao dan Palu yang dilanda thunami. Pasukan kami sendiri turun ke lokasi untuk melaksanakan kerja pembelian haiwan korban dan penyembelihan. Manakala rakan NGO strategik kami yang berada di negara itu akan mengagihkan kepada rakyat yang memang terlalu memerlukan daging sebagai sumber protein mereka.

Tahun ini tumpuan pasukan Cakna korban akan melaksanakan di Uganda Afrika, salah sebuah negara yang miskin dan minoriti penduduknya adalah muslim yang terlalu jauh berada di pedalaman.

Iklan penyertaan telah pun dibuka. Khas sempena ramadan pada tahun ini, harga dapat di tempah awal dengan rakan strategik NGO di Uganda. Untuk 50 ekor tempahan awal harga sebanyak RM290 satu bahagian lembu. Selepas daripada Ramadan harga akan meningkat naik (RM380). Samalah seperti dalam negara kita, menjelangnya hari raya korban nanti harga haiwan korban akan terus naik.

Kami menyeru kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan untuk tempahan segera bagi mendapatkan harga super jimat. Kalau lambat nanti harga akan naik. Insya-Allah ada hikmah dan kebaikan dengan apa yang kita niatkan serta kita laksanakan nanti.

Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

Berita Lain

- Advertisement -spot_img