Home Blog Page 11

Sumbangan Zakat dan Duit Raya 2019

0

HOSPITAL HULU TERENGGANU, 22 MEI 2019: Serahan dana zakat yang diamanahkan oleh Dana Kemanusiaan Papisma (DAKAP) telah disempurnakan pada hari ini di Hospital Hulu Terengganu. Semua asnaf yang layak menerima bantuan yang berada dalam wad-wad diberikan zakat. Begitu juga dengan beberapa pekerja kontrak cucian di sekitar hopsital tersebut turut menerima bantuan.

Dana Kemanusiaan Papisma (DAKAP) adalah dana yang diwujudkan bagi membantu individu atau keluarga yang dhaif dalam kehidupan mereka. Ikuti program-program lain yang telah dan sedang berjalan diseluruh negara. Facebook rasmi DAKAP, https://www.facebook.com/danakemanusiaanpapisma/

 

Sumbangan Motorsikal dan Barang Harian

0
Sumbangan Motosikal kepada Fakir Miskin

Kami berusaha untuk memudahkan urusan tuan dan keluarga dengan mencari sumbangan derma membeli sebuah motor.

Syukur ada perderma yang sudi memberikan sebuah motor kepada keluarga ini. Anak-anak mereka kekadang lewat sampai ke sekolah kerana tiada kenderaan. Sekali sekala berjalan kaki, sekali sekala tumpang orang lain untuk ke sekolah.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini memberikan sinar bahagia kepada mereka.

Sumbangan Dana Kebajikan

0

Warga Cakna berkerjasama dengan Dana Kebajikan Papisma (DAKAP) turun ke sekitar Hulu Terengganu untuk menyampaikan dana kebajikan kepada individu yang memerlukan.

Bantuan Anak-anak Syria Bersama Iman Care

0
Sumbangan kepada mangsa pelarian

“TIADA LAGI ROTI UNTUK ANAK SYRIA! 3 KILANG ROTI UTAMA AKAN HENTIKAN PROSES MEI INI” 😢

Perang di Syria tidak berhenti setakat ini. Rakyat Syria kini menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

Mereka yang majoritinya ibu tunggal dan anak yatim kini berkumpul di Idlib. Suasana yang menyedihkan. Mereka tak cukup bekalan makanan berhari-hari. 😣😰😨

Atas sebab itu, Iman Care bersama NGO mengambil inisiatif mengumpul dana untuk membiayai bahan supaya 3 kilang roti dapat memproses roti buat mereka.

Sebanyak 3,000 keping roti diperlukan setiap hari untuk diedarkan kepada 1,500 anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Walaubagaimanapun, lebih memilukan, aktiviti memproses roti akan dihentikan Mei ini disebabkan kekurangan wang untuk beli bahan.

= = = = = =

Setakat ini kami perlukan RM50,000 setiap bulan bagi menampung kos-kos berikut:
🍞 Kos operasi 3 buah kilang roti
🍞 Kos bahan-bahan mentah

Manakala, bakinya akan digunakan untuk beli ubat-ubatan bagi mereka yang cedera dan sakit.

Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat prihatin sesama manusia. Ayuh! Kita sama-sama bantu mereka.

Kita di sini mungkin boleh makan sedap-sedap dan apa kata, lebihan rezeki itu kita kongsikan buat mereka teruskan hidup.

Mohon ihsan anda tekan butang “DONATE NOW” untuk bantu kami kumpul RM50,000 bulan ni.

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Bila kita terus bersedekah, insya-Allah, rezeki kita akan bertambah. Amin.

JANGAN BIARKAN SAUDARA KITA TERPUTUS MAKANAN, MEREKA BERHAK UNTUK HIDUP…

[av_button label=’Donate Now’ link=’page,450′ link_target=” size=’medium’ position=’center’ icon_select=’yes’ icon=’ue800′ font=’entypo-fontello’ color=’theme-color’ custom_bg=’#444444′ custom_font=’#ffffff’ av_uid=’av-avbjg’]

Drop Bottle for Water

0

WARGA CAKNA (PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU) ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA kasih kepada semua yang menyokong usaha kecil ini terutamanya, NGO IMAN CARE selaku co-sponsor serta co-organizers, DOKTOR MUDA DM QBEST CREW guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu.

Moga beroleh manfaat.

Anak Syria Sejuk Menunggu Kita

0

Mesyuarat penyelarasan bantuan Musim Sejuk Syria lepas, Sdr Muhaimin Muhamed menyatakan kita akan ke Hatay, salah satu daerah di sempadan negeri Antakya Turkey. Mengikut maklumat yang kita perolehi dari rakan NGO di sana, Daerah Hatay adalah daerah paling hampir dengan sempadan Turkey-Syria dan pelarian Syria paling ramai mengungsi di sana. Sebagai pengarah misi bantuan, beliau menganggarkan RM300,000 perlu dikutip bagi membantu pelarian Syria yang akan menghadapi musim sejuk pada tahun ini.

Musim sejuk di Negara Mediterranean tersebut akan bermula Disember dan berakhir sehingga Mac setiap tahun. Disinilah mereka akan mengalami kesejukan melampau dan terdapat di antara mereka yang meninggal dunia setiap tahun akibat dari tidak tahan suhu sejuk. Justeru setiap kali rombongan kita ke sana, mereka tertunggu-tunggu selimut tebal, alat pemanas bilik dan bekalan makanan. Bantuan yang kita berikan setiap tahun sejak 2013 lagi sebenarnya jauh dari mencukupi. Liputan sumbangan hanya sebahagian kecil sahaja dari jumlah pelarian yang berjuta-juta itu. Namun itulah kemampuan kita setakat ini demi membantu sahabat seakidah kita di sana.

Setiap kali kempen sebegini kita lancarkan, mereka menunggu dengan penuh harapan. Anak-anak kita mungkin boleh hidup selesa walaupun hujan juga mula turun di musim tengkujuh. Namun mereka! Kesejukan sehingga suhu di paras beku.

UNHCR menganggarkan 1.5 juta dari 3.4 juta keseluruhan pelarian pelarian Syria berada di Hatay, Gaziantep, Kilis, Şanlıurfa dan Mardin. Semuanya adalah daerah sempadan Turkey-Syria. Kota Istanbul sendiri, sebuah kota sejarah yang padat seramai 14.6 juta penduduk, juga turut didiami oleh pelarian dari Syria seramai 537,829 orang pelarian sejak tujuh tahun krisis perang berlaku di Syria.

Mereka akan berada di negara sempadan secara berselerak, walaupun pihak berwajib seperti UNHCR membina khemah-khemah penginapan. Terkini 227,947 pelarian Syria menghuni khemah-khemah yang disediakan oleh pihak berwajib Turkey seperti Disaster and Emergency Management Authority (AFAD). Selebihnya mereka menghuni dirumah-rumah buatan sendiri dan ada terdapat di antara mereka menjadi anak angkat penduduk setempat.

Keadaan ini akan lebih memilukan apabila tiba musim sejuk. Bahkan penduduk setempat juga tidak tahan dengan paras kesejukan yang melampau. Persiapan menghadapi musim sejuk ini penting bagi penduduk tempatan apatah lagi para pelarian Syria yang serba kekurangan.

Rombongan kita yang dijadualkan tiba di Hatay pada 20 Oktober ini akan terus menyampaikan dana sumbangan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dana #WinterAidSyria ini telah pun kita lancarkan sejak awal ogos lepas. Dana ini masih memerlukan santunan dan layanan dari semua pihak bagi membantu mereka. Kepada rakan-rakan yang ingin terus menyumbang sama, berkongsi pahala bolehlah transfer ke akaun Maybank Islamic: Iman Care Consultant;
No: 563064143672.
Label: #WinterAidSyria
Notify kepada: suhazeli@gmail.com atau http://wasap.my/60199563653/Dana+WinterAidSyria

Terima kasih

Suhazeli.Com
Fb.Com/drsuhazeli
15.10.2018

Merawat Palu yang Pilu

0

Kami melihat sendiri Palu ranap akibat gempa bumi dan diikuti tsunami. Betapa besarnya kuasa Allah yang menghantarkan air agar manusia mengambil iktibar. Walaupun pelbagai kisah negatif yang dibawa oleh penduduk di Palu sebelum kejadian bencana, namun kami melihat anak bangsa Palu mulai sedar. Masjid-masjid darurat dibina ibarat cendawan selepas hujan. Tidak menang tangan Haji Jamuliddin Elias (Pak Jamu) Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia mengatur para penderma untuk membina masjid darurat. Dalam senarai yang beliau kemukakan setakat ini, hampir 200 buah masjid dalam proses pembinaan. Tiga puluh tiga masjid sudah terbina di seluruh Palu, Sigi dan Donggala.

Gempa bumi Sulawesi Gempa bumi dan Thunami Sulawesi 2018 adalah berlaku dengan kekuatan 7.4 Magnitude diikuti dengan tsunami yang melanda pantai barat Pulau Sulawesi, Indonesia, bahagian utara pada 28 September 2018 jam 18.02 petang. Pusat gempa berada di 26 km utara Donggala dan 80 km barat laut kota Palu dengan kedalaman 10 km. Gegaran dan goncangan gempa bumi dirasakan di Kabupaten Donggala, Kota Palu, Kabupaten Parigi Moutong, Kabupaten Sigi, Kabupaten Poso, Kabupaten Tolitoli, Kabupaten Mamuju bahkan hingga Kota Samarinda, Kota Balikpapan, dan Kota Makassar. Gempa tersebut menghasilkan bencana tsunami hingga ketinggian 5 meter di Kota Palu.

Laporan berita mengesahkan seramai 1234 orang maut akibat gempa dan tsunami tersebut. Manakala 65,733 buah rumah atau bangunan musnah samada ditelan bumi ataupun runtuh. Dianggarkan beratus-ratus ribu mangsa erlibat dalam bencanaalam yang terburuk didekad ini selepas tsunami di Aceh tahun 2004.

Tumpuan program yang kami lakukan adalah sekitar Kabupaten Palu, Poso dan Donggala. Merawat Palu yang pilu adalah tagline yang kami bawa. Rawatan kesihatan mental anak-anak Palu telah kami bawa bagi mengurangkan stres mereka setelah di pukul bencana. Selain dari itu, dengan sejumlah derma yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia, kami agihkan kepada pembinaan masjid, kegunaan memasak para mangsa terlibat dan bantuan perubatan. Saya mewakili beberapa NGO seperti Papisma, Warga Cakna, Iman Care, KT Care dan KAMI mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan itu. Amanah sumbangan tersebut telah disempurnakan dengan jayanya.

Saya mula memahami kenapa nama Palu diberikan. Topalu’e yang artinya Tanah yang terangkat. Diberitakan dari sejarah bahawa daerah ini awalnya lautan, kemudian terjadi gempa dan pergeseran lempeng (palu koro) sehingga daerah yang tadinya lautan tersebut terangkat dan membentuk daratan lembah yang sekarang menjadi Kota Palu. Sejarah terakhir gegaran gempa yang berlaku di Sulawesi ini sekitar 90-an. Oleh yang demikian sudah tidak jadi kepelikan bagi kaum yang veteran di sana merasai gegaran. Tetapi bagi golongan muda dan generasi baharu sudah mula lupa bahawa Sulawesi dan Indonesia keseluruhannya terdiri dari lingkaran merapi. Malah generasi muda tidak menyangka boleh berlakunya tsunami.

Sekali Allah beri peringatan kepada warga Sulawesi, boleh dibuat iktibar oleh semua umat bahawa Allah Maha Kuasa segalanya. Manusia adalah makhluk yang tiada daya, hanya kepadaNya kita semua berserah.

Kita mendoakan warga Palu kuat dan warga Palu bangkit dari musibah yang melanda ini. Kita akan terus membantu sekadar mampu untuk menyalurkan bantuan.

Sekian
Dr Suhazeli Abdullah
Misi Kemanusiaan Palu
24.11.2018
Jalan Anggur Palu

Mabuhay Mindanao

0

Pertemuan terakhir saya dengan sahabat-sahabat Basilan adalah 6 tahun lepas. Walaupun program Qurban ini setiap tahun dijalankan, tetapi selepas 2012 saya tidak ke Mindanao samada Bandar Marawi, Lanao Del Sur atau Bandar Isabela, Basilan. Sebaliknya saya dan rakan² ke Sudan bermula 2013 hingga 2017. Kerinduan untuk kembali semula ke Mindanao disemat setiap tahun. Alhamdulillah tahun ini kami sempat melaksanakan ibadah qurban di Basilan.

Niat tulus qurban luar negara adalah membantu sahabat seakidah kita di negara terbabit bagi merasai nikmat daging lembu. Hanya semasa hari raya qurban adalah masa yang sesuai untuk mereka menyembelih haiwan qurban. Walaupun Sudan adalah salah satu negara pengeksport terbesar lembu ke negara² Arab, tetapi rakyat mereka sendiri miskin dari mengecapi daging.

Mindanao pula, rakyatnya terhimpit dalam menuntut hak kemerdekaan sejak sekian lama. Tiada pembangunan ketara kerana sosio-politik yang tidak menentu. Perjuangan rakyat Bangsamoro untuk mendapat kuasa autonomi terlalu panjang. Akibat dari kepayahan mereka untuk bebas dan merdeka, pertumbuhan ekonomi terbantut. Rakyat wilayah Mindanao termasuk Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, Marawi dan beberapa daerah lain lagi tidak boleh menjana mata pencarian dengan sempurna. Dikatakan Mindanao kaya dengan sumber asli emas dan minyak, namun kancah pergelutan kuasa menyebabkan usaha pembangunan tergendala.

Justeru, niat pasukan qurban ke sana saban tahun bagi membantu mereka sekadar mampu. Semoga niat murni ini senantiasa disemat dalam setiap jiwa rakyat Malaysia untuk terus membantu kami demi membantu mereka. Kehadiran kami bukan semata-mata membawa bahagian qurban, tetapi sumbangan kepada fakir miskin dan sekolah agama turut diberikan. Kami juga membawa naskah Al Quran yang diwakafkan oleh rakyat Malaysia untuk diberikan kepada pelajar tahfiz.

Menarik untuk dikongsikan kisah sosio-politik Bangsamoro, Mindanao. Perjuangan menuntut hak kuasa pemerintahan sendiri tidak pernah lekang dikalangan para pejuangnya sejak 1898 lagi. Sebermula dengan penjajahan Sepanyol hinggalah penaklukan Amerika, Bangsamoro tidak putus² memperjuangkan hak. Walaupun Filifina mendapat kemerdekaan dari Amerika tahun 1946, Mindanao masih lagi dipengaruhi kuasa politik dari Manila. Sepertimana yang kita ketahui, Wilayah muslim Mindanao termasuk Tawi-tawi, Sulu dan Basilan itu sendiri sebenarnya tidak pernah terjajah oleh Sepanyol mahupun Amerika. Tetapi perjanjian kemerdekaan oleh Amerika pada julai 1946, memasukkan wilayah Islam itu sebagai sebuah negara Filifina yang merdeka. Bermula dari situ, kuasa pentadbiran politik Mindanao dikawal oleh Manila, tidak lagi Kerajaan Sulu. Saya mendapat maklumat dari wakil United Bangsamoro Justice Party (UBJP) bahawa proses untuk mendapatkan kuasa politik sedang giat dijalankan. Sejak 2013 UBJP ditubuhkan bagi menjadikan Bangsamoro mempunyai sayap politik demi kesinambungan perjuangan mereka sejak berkurun lamanya.

Bangsamoro sudah mula mengorak langkah kepada perjuangan perdamaian dengan Manila, tidak lagi mengangkat senjata seperti sebelum ini. Sudah ramai para syuhada gugur demi mendapatkan hak daulat tanah nenek moyang mereka sendiri. Hasilnya amat memilukan mereka.

Dianggarkan awal tahun hadapan, rakyat wilayah Mindanao, secara khususnya Basilan, Lanao Del Sur, Maguindanao, Sulu dan Tawi-tawi akan mempunyai undang² tersendiri. Memoradum rakyat dari Wilayah Mindanao yang 70% muslim akan diadakan pada awal Januari 2019. Bangsamoro Organic Law (BOL) akan menggantikan Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) jika majoriti rakyat mengundi untuk menyokongnya pada tahun 2019 nanti.

Dalam tempoh tiga tahun (2019 hingga 2022) rakyat Mindanao akan diperhatikan oleh Manila dan dunia luar bagi persediaan pilihanraya umum pertama nanti pada tahun 2022. Jika proses berjalan lancar, rakyat Mindanao akan mempunyai perwakilan tetap suara muslim di Parlimen Manila. Mereka menuntut paling minima 3 ahli Parlimen berstatus menteri bagi mewakili komuniti Islam di Selatan Filifina. Mereka masih lagi di bawah kerajaan Pusat Manila dan dalam masa sama kuasa pemerintahan akan lebih kukuh. Pertumbuhan ekonomi dan politik akan lebih stabil.

Kita doakan perjuangan sahabat kita di sana mendapat kejayaan cemerlang.

Catatan dari
Dr Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi
#QurbanImanCare
#QurbanBasilan2018

Misi Merawat Palu diteruskan

0

PALU, 22 DIS 2018. Ustaz Ahmad Sykrillah adalah NGO kebajikan dari Indonesia. Beliau bersetuju menjadi wakil Warga Cakna untuk meneruskan pemberian sumbangan kepada mangsa gempa bumi Palu, Sulawesi.

Pembinaan Masjid Sementara

Antara sumbangan yang telah dilaksanakan adalah pembinaan masjid sementara seluruh kawasan gempa bumi. Majoriti masjid telah ranap akibat gempa. Justeru keutamaan bagi mereka adalah tempat ibadah sementara.

Selain itu sumbangan barangan keperluan harian juga diteruskan. Terutamanya mangsa yang kerosakan teruk kawasan bencana.

Disamping itu juga rumah- rumah penginapan sementara turut dibina.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan melalui Warga Cakna.

WhatsApp saya
1
Persoalan dari saya
Salam, Boleh saya bantu?