Home Aktiviti Warga Cakna Pengagihan Daging Qurban di Luar Negara

Pengagihan Daging Qurban di Luar Negara

119
0

Bagaimana daging Qurban diagihkan kepada mereka yang berhak? Persoalan ini penting supaya peserta yang masuk penyertaan melalui Warga Cakna tahu. Sepanjang pengalaman melaksanakan program Qurban Aqiqah luar negara sejak 2009 lagi, kita cukup teliti bab ini. Sehinggakan setiap lembu atau kambing yang diamanahkan untuk kita laksanakan Qurban bagi pihak peserta sebagai wakil sembelih, kita akan lakukan sendiri. Walaupun terdapat hukum yang membenarkan wakil atas wakil.
.
Setelah disembelih, urusan melapah dan membahagikan daging itu kita serahkan kepada NGO tempatan dan wakil penduduk. Qurban luar negara yang kita adakan sudah tiada sangsi dari sudut hak pembahagian. Kerana semua sasaran yang kita pergi, mereka adalah pelarian, fakir lagi miskin. Malah terdapat dikalangan mereka yang tidak pernah pun merasai daging Qurban sekali seumur hidup.
.
Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:
(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
(b) Pembahagian daging qurban sunat:
Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: (i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
.
Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.
.
Urusetia Cakna Qurban
Warga Cakna

Then a jet of pressure water is passed mixed with a special bicarbonate whose function is to remove mostly stains of tobacco, tea, etc. viagra malaysia price It depends on the case, as there are people who never need it and others every month.

Previous articleQurban Luar Negara Lebih Afdhal?
Next articleMajlis Penyerahan TermoScan kepada Sekolah DAR