3 Mei 2024, Kuala Terengganu. Warga Cakna turut serta dalam majlis makan malam sempena lawatan muhibbah dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Provinsi Riau ke Terengganu.
Majlis tersebut telah diraikan oleh YB Dato’ Alias Abdul Razak, YB Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah dan YB Ustaz Ariffin Deraman. Seramai 42 orang delegasi dari Dewan Pemuda PKS Wilayah Riau telah hadir di majlis tersebut.