Home Terkini Pasukan dalam Perjalanan ke Garissa

Pasukan dalam Perjalanan ke Garissa

121
0

7.8.2019, KUALA TERENGGANU. Pasukan Misi Kemanusiaan ke Garissa Kenya telah memulakan perjalanan mereka ke Garissa hari ini.

Majlis perlepasan telah disempurnakan oleh Yb Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, EXCO Kerajaan Terengganu. Majlis berlangsung di perkarangan pintu perlepasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Dr Suhazeli Abdullah selaku ketua delegasi misi ini berkata, selain dari Qurban dan Aqiqah, Warga Cakna juga akan mengadakan program sumbangan wakaf Al Quran dan sumbangan paket makanan kepada fakir miskin di Daerah Garissa.

Previous article5 Soalan Penting Qurban & Aqiqah di Kenya
Next articleCommunity Engagement Programme in Garissa Kenya 2019