Banyak mesej saya terima dari adik-adik pelajar luar negara mengenai permasalahan mereka. Tanpa menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kedutaan dan pihak berwajib, kami cuba bantu sekadar mampu meringan beban yang ditanggung oleh pelajar.
.
Antara beberapa keluhan mereka:
.
“Kami mengalami masalah kewangan yang kritikal akibat penutupan semua sempadan (darat, air dan udara) serta perintah berkurung yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sudan sejak bermula penularan wabak COVID-19 bulan Mac tahun ini.”
.
“Situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Sudan dengan purata jumlah kematian yang hampir mencecah 100 kematian amatlah merisaukan kami, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan perubatan serta hospital yang mencukupi adalah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan ketidak-pekaan rakyat Sudan diwaktu puncak penularan wabak Covid 19. Ramai yang masih didapati tidak peka dan tidak mematuhi perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sudan. Keadaan ini telah menyebabkan kadar peningkatan jangkitan yang begitu tinggi. Akibat dari ini, adalah menjadi amat sukar bagi kami para pelajar untuk mendapatkan barang keperluan makanan.”
.
“Faktor kemerosotan ekonomi di Sudan dan peningkatan harga barang makanan yang meningkat secara mendadak, ditambah pula terdapat ramai rakyat di Sudan yang tidak dapat bekerja akibat terkesan dari perintah berkurung. Hospital-hospital telah pun berhenti beroperasi sejak penularan wabak COVID-19 di. Kes hanya diberikan keutamaan kepada penduduk tempatan.”
.
“Kami tidak dapat ke Airport Khartoum juga telah lockdown selama 2 bulan dan tiada pesawat komersial yang dibenarkan keluar masuk Sudan.”
.
Isu yang sama berlaku di Mesir. Terdapat pelajar yang tidak sempat pulang pada peringkat awal PKP di sana. Atas pelbagai kekangan terutama pergerakan dan kewangan, mereka cukup terkesan. Pelajar-pelajar diluar Kaherah seperti Zagazig, Mansourah, Alex dan beberapa negeri lagi makin teruk terkesan. Kebajikan mereka terabai kerana lockdown yang telah diadakan.
.
“Setakat ni, bantuan kewangan dan kebajikan yang sangat diperlukan. Terutama bagi pelajar sains kesihatan di luar kaherah. Kerana pelajar diluar kaherah ni, bantuannya agak susah nak sampai, dan pihak berwajib juga banyak terlepas pandang kebajikan pelajar luar kaherah.”
.
Justeru, Kami merasa terpanggil untuk membantu sekadar mampu bagi meringankan beban mereka.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Warga Cakna
.
*MAYBANK : 563037065007*
*WARGA CAKNA*
(PERSATUAN PRIHATIN WARGA TERPINGGIR TERENGGANU)
Online transfer: https://www.wargacakna.org/tabung-bencana/
Ref: #PelajarTerkandas