Home Blog Page 4

Sampaikan Derma Air Mineral

0

MARANG, Warga Cakna berjaya menguruskan sumbangan air mineral kepada satu sekolah berasrama yamng memerlukan bekalan air mineral berterusan kepada pelajar mereka. Sekolah Menenganh Padang Midin, Marang Terengganu telah menerima sumbangan tersebut.

Beberapa siri sumbangan telah pun disampaikan sejak dari Mei 2024 sehingga sekarang. Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi memberikan sumbangan melalui Warga Cakna.

Pemergian yang Dirindui

0

Semoga Assyahid Syeikh Ismail Haniyeh damai di sana. Pemergiannya ke alam baqa dirindui oleh penduduk bumi dan didambakan oleh penduduk langit.

Semangat juang akan terus mengalir kepada generasi kini. Laungan pembebasan bumi Palestin akan terus bergema.

Telaga Air untuk Penduduk Mbale

0

Perkampungan Mbale Uganda tiada sistem air bersih yang diberikan oleh pihak berwajib. Penduduk kampung terpaksa mengusahakan sendiri dengan mengupah tukang gali.

Atas sumbangan yang berterusan dari penderma prihatin, telaga air ke 8 sedang giat digali. Air adalah sumber kehidupan mereka. Untuk dapatkan penduduk terpaksa menggali telaga sehingga mencecah 25 kaki ke dalam tanah.

Kerja menggali dilakukan oleh tukang yang mahir mencari punca air dan menggali dengan kaedah tenaga manusia.

Terima kasih kepada para penderma yang budiman.

Proses Penghantaran Sijil Qurban

0
Sembelihan Qurban di Uganda

Sijil-sijil program Qurban & Aqiqah, Waqaf Al Qur’an dan Telaga sedang giat dijalankan. InsyaAllah setiap peserta yang mengambil pilihan untuk dapatkan sijil secara fizikal, akan terima dalam masa terdekat.

Sijil-sijil maya telah pun dihantar kepada semua peserta sejak minggu lepas. 

Tiga Program Serentak Berjaya dilaksanakan.

0
Pasukan Penyembelih bersama NGO Tempatan

Pasukan Cakna Qurban telah dengan jayanya program Qurban & Aqiqah pada tahun ini. Sebanyak 262 ekor lembu dan 122 ekor kambing berjaya disembelih.

Lokasi perlaksanaan Qurban adalah di Mbale Uganda, Palu Indonesia dan Basilan Mindanao. Negara-negara  yang terbabit mempunyai keunikan masalah tersendiri. Mbale, Uganda adalah sebuah wilayah majoriti muslim (walaupun negara mereka terdiri dari minoriti muslim 10%), hidup dalam kedhaifan. Prasarana dalam wilayah mereka agak terkebelakang berbanding dengan negara kita. Begitru juga dengan Palu, Wilayah Sulawasi Indonesia yang masih lagi belum pulih dari post-thunami. Manakala Basilan, Mindanao adalah satu wilayah muslim yang sedang menuntut kuasa autonomi dari Manila.

Program Waqaf Al-Qur’an adalah program sampingan semasa misi qurban. Sebanyak 1000 naskah Al-Qur’an telah diedarkan kepada pelajar tahfiz. Wakaf Al-Qur’an adalah satu amalan mulia yang membolehkan kita menyumbangkan Al-Qur’an untuk kegunaan umat Islam secara berterusan. Ianya adalah satu pahala jiriah yang berterusan salagi mana, Al Qur’an yang diwaqafkan itu dibaca dan diamalkan oleh mereka.


Begitu juga dengan Projek Telaga Air. Sebanyak 11 buah perigi telaga air berjaya digali. Projek ini memberikan manfaat kepada masyarakat dengan menyediakan akses kepada sumber air yang bersih dan penting untuk kehidupan sehari-hari.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kepercayaan kepada Warga Cakna untuk melaksanakan amanah ibadah ini. Semoga usaha mereka diberkati dan memberi manfaat yang berkekalan.

Lihat Gambar Galeri Qurban Terpilih

Muat Turun Buletin [PDF]
Gambar Menarik Program

Bantuan Bencana Kebakaran Snow Wash Kuji

0

Kedai basuh kereta Sdr Fakhruradzi mengalami kebakaran pada 21 Jun lalu. Sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban pemilik kedai basuh kereta tersebut telah disampaikan pada petang tadi. Ustaz Muhammad Hagia Sofia mewakili Warga Cakna telah menyampaikan bantuan tersebut. Turut hadir adalah YB Ustaz Maliaman Kassim, ADUN Ajil, Hulu Terengganu.

Sumbangan Kebakaran Sekolah SAHUT

0

Bagi meringankan sedikit bebanan pihak pengurusan Asrama SAHUT yang terbakar 12 Mei 2024, sumbangan melalui Warga Cakna telah disampaikan. Cg Hassan Abdul Rashid, Setiausaha Warga Cakna tellah menyampaikan bantuan tersebut kepada wakil Sekolah SAHUT.

Amalan Sunnah di Bulan Zulhijah

0

Bulan Dzulhijjah adalah bulan yang memiliki keutamaan khusus dalam Islam. Berikut adalah beberapa amalan sunnah yang dianjurkan pada bulan ini beserta dalilnya:

  1. Berpuasa pada Sembilan Hari Pertama:
    Hari 1-9 di bulan Dzulhijjah, seorang Muslim disunnahkan untuk melaksanakan ibadah puasa secara terus menerus. Hal ini didasarkan pada hadits riwayat Imam Bukhari yang menyatakan bahwa tidak ada amal ibadah yang lebih utama selain yang dikerjakan pada sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijjah.
    Puasa Sunnah Tarwiyyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Sunnah Hari Arafah (9 Zulhijjah) juga termasuk dalam amalan puasa pada bulan ini.

2. Puasa Arafah pada Tanggal Sembilan Dzulhijjah:
Puasa pada hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah) memiliki keutamaan besar. Rasulullah saw bersabda bahwa puasa pada hari ini menghapus dosa-dosa tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang.

3. Memperbanyak Dzikir:
Selama sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, kita dianjurkan untuk banyak berzikir, mengingat Allah, dan membaca Al-Quran. Dzikir merupakan amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya.

4. Membaca Takbir, Tahmid, dan Tahlil:
Selama sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, kita dapat memperbanyak bacaan takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), dan tahlil (La ilaha illallah). Ini adalah bentuk ibadah yang sangat dianjurkan.

Semoga kita dapat menghidupkan amalan-amalan ini dengan penuh kesungguhan dan mendapatkan berkah serta pahala di bulan yang mulia ini.

Air Sumber Kehidupan

0

Memberi minuman kepada yang memerlukan. Pada saat kemarau. Rata-rata insan kepanasan.

Segelas air sahaja pun sudah cukup nikmat.
Hilangkan dahaga mereka dengan sumbangan dana Telaga Air Uganda.

Jom kita alirkan pahala bersama. 

#infaqTELAGA.UGANDA

Beri Sumbangan