14 Oktober 2024. Ziarah anak yatim dan miskin diteruskan lagi untuk meringankan bebanan kehidupan mereka. Kali ini wakil dari Warga Cakna bersama Pegawai dari Pusat Khidmat DUN Ajil turun memberikan sumbangan kepada 2 beradik yang yatim piatu.
Buah Zaitun Untuk Keluarga Ga.za
5 Oktober 2024. Buah Zaitun adalah jizi makanan utama mereka. Program “Olive for Displaced Family” dilancarkan oleh Warga Cakna dengan kerjasama NGO Dignity for Palestinians. Program ini membantu keperluan mangsa pelarian di bumi Gaza bagi mendapatkan buah zaitun yang segar. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan.
Sumbangan kali kedua pada 8 Oktober 2024 lalu dengan mensasarkan ramai lagi kelurga yang memerlukan makanan utama ini.
Video program sumbangan:
Kanvas Untuk Aktiviti Pelajar
Getang, Kuala Berang: Warga Cakna menyumbangkan plastik kanvas bagi kegunaan murid di Sekolah Kebangsaan Getang Kuala Berang. Sumbangan ini membantu murid untuk melakukan aktiviti dengan lebih selesa di dewan sekolah terutamanya untuk solat.
Wakil dari Warga Cakna Dr Khatijah dan Cg Habibah turut hadir bagi menyempurnakan majlis serahan sumbangan tersebut pada 2 Oktober 2024 lalu.
Susu Untuk Ana-anak Ga.za
30 September 2024, Gaza Tengah. Sumbangan program Milk4Gaza diteruskan dengan pengagihan susu formula kepada anak-anak Gaza yang berpindah ke kawasan yang lebih selamat di Gaza Tengah.
Mereka amat-amat memerlukan susu ini bagi kelangsungan hidup.